Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hantar Anak Ke Sekolah...

GARA-GARA menghantar anak ke sekolah dalam keadaan masih memakai baju tidur, seorang ibu di Darlington, Britain...

Faizal Harap Golongan Muda...

BANGI: Golongan muda yang mendapat peluang mengundi menerusi pelaksanaan Undi18, diminta untuk menggunakan...

Buku Sang Kancil Menang...

KUALA LUMPUR - Buku 'Sang Kancil and The Snail', satu daripada 10 judul...

Putera Harry, Meghan Bergelar...

SELEPAS beberapa bulan melakukan persediaan, akhirnya Putera Harry dan Meghan Markle selamat melangsungkan...

Isteri Keempat Hamil, Salih Yaacob Bakal Timang Anak Ke-13

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelakon, pelawak dan penyampai radio, Salih Yaacob yang tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata ke-13 hasil perkongsian hidup bersama isteri keempat, Samihah Syeikh Ali atau mesra disapa Emi.

Difahamkan, Emi yang berusia 28 tahun kini sedang menghitung hari kerana dijadualkan bila-bila masa dalam minggu ini akan melahirkan anak.

no4

Sebelum ini, Salih dan Emi mengakui menangguhkan perancangan untuk mendapatkan anak berikutan Emi masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Salih melengkapkan kuota poligami empat orang isteri selepas menikahi Emi pada tahun 2011.

Tiga isterinya sebelum itu ialah Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, dan Norfara Wahida Sulaiman, 36.

1


Sejak itu, Salih sering kali dijadikan contoh kepada lelaki lain yang memasang impian untuk hidup berpoligami.

Bagi yang tidak tahu, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang baru dilahirkan dua minggu lalu.

Diharap semoga Emi dapat melahirkan anak dengan selamat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Roti Kaya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori