Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Neymar Takkan Sertai Real...

BARCELONA - Penyerang Barcelona, Luis Suarez bertegas dia tidak percaya bekas rakan sepasukannya,...

Tertidur Ketika Kunyah Kinder...

MALANG memang tak berbau. Akibat terlelap ketika sedang mengunyah coklat, seorang wanita menemui ajalnya...

Keputusan PRK Pelangai Diumum...

BENTONG : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

43 Mangsa Banjir Dipindahkan...

BEAUFORT - Seramai 43 mangsa banjir daripada 14 keluarga dari Kampung Suasa di...

Isu Belasah TMJ: Siasatan Terhadap Nazri Aziz Selesai

KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa kertas siasatan terhadap Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah siap dan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

BACA: Polis Akan Siasat Nazri Aziz Gara-Gara Ancaman Terhadap TMH

Menurutnya, pihak polis telah selesai merekod keterangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu kira-kira seminggu yang lalu.

“Kita habis merakam semua percakapan Nazri dan akan memajukan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bila-bila masa, ” katanya dalam sidang media sempena Pelancaran Filem Bukit Kepong versi digital definisi tinggi (HD) di Bukit Aman, semalam.

Nazri disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbau amaran terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sebelum ini.

Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan yang dimuat naik adik TMJ, Tunku Idris berhubung perjanjian bersama Persekutuan Tanah Melayu yang membolehkan Johor dari Malaysia, Khalid memberi amaran agar isu itu tidak lagi digembar-gemburkan oleh mana-mana pihak memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

BACA: Jika Janji Dilanggar Johor Terkeluar Dari M’sia – Tengku Idris

“Saya tak mahu komen yang itu cukuplah, kita telah membuka kertas siasatan biarlah siasatan dijalankan.


“…Elok tidak ada sesiapa lagi memperbesarkan isu ini kerana ia perkara yang sensitif. Nampaknya dah reda, jangan ada pihak yang cuba hendak mengapi-apikan isu ini lagi,” tegas Khalid.

BACA: “Saya Hanya Mengeluarkan Pandangan” – TMJ

Sebelum ini, ‘peperangan’ tercetus menerusi saluran media antara Nazri dan TMJ mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia apabila ramai yang mengecam keceluparan Nazri kerana memberi amaran kepada TMJ ajar tidak mencampuri urusan politik negara atau bakal ‘dibelasah’. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=NYFFFtk-DxQ

Oleh: CARRIE

Sumber: Free Malaysian Today

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori