BERIKUTAN tersebarnya sekeping foto figura yang didakwa mirip Tasha Shila beraksi ghairah, aktres tersebut langsung tidak memberikan jawapan konkrit terhadap dakwaan itu.
Ketika dihubungi pihak MyNewsHub petang tadi, Tasha mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut, mengiyakan pun tidak, menafikan pun tidak.
Pelakon drama Nasuha itu hanya menghantar sekeping foto sebagai ‘jawapan’ kepada soalan yang dilontarkan pihak kami.
Selain itu, Tasha turut menghantar emoticon senyuman dan isyarat tangan memohon maaf, seolah-olah tidak mahu memberikan sebarang kenyataan dengan soalan-soalan yang diajukan. Nah, tengoklah sendiri.
Nampaknya, para peminat harus menunggu lebih lama untuk mendengar penjelasan dari Tasha tentang gambar separuh bogel itu.
Mengimbas kembali isu sensasi berkenaan, rata-rata masyarakat Malaysia menghentam aktres popular itu kerana dituduh beraksi sumbang setelah sekeping foto dikongsi di laman sosial dan di aplikasi Whatsapp.
Ada cakap-cakap belakang mengkhabarkan bahawa gambar tersebut telah diminta oleh rakan kepada teman lelaki Tasha menggunakan telefon bimbit milik teman lelakinya tanpa pengetahuan. Betul ke?
Gambar Separuh Bogel Artis Wanita Popular Tersebar
Bukan itu sahaja, ramai pihak masih menunggu tindakan Tasha membuat laporan polis seandainya dia benar-benar ingin memulihkan nama baiknya. Orang cakap, berani kerana benar, takut kerana salah, kan?
Melalui ruangan Instagram peribadinya, Tasha dilihat melimpahi ruang dengan foto berupa kata-kata semangat, walaupun sebahagian pengguna Internet terus mengejinya di bahagian komen.
https://instagram.com/p/3647kQE79y/?taken-by=tashashilla
Tak mengapalah Tasha, mungkin anda sedang berada dalam fasa berdiam diri dan enggan diganggu, kan?
Apa-apapun, sendainya gambar tersebut memang milik Tasha, diharapkan situasi tersebut menjadi pengajaran buat anda dan artis lain untuk tidak mengulangi kesilapan sama.
Namun andai gambar tersebut bukan milik Tasha, pastinya satu hari nanti kebenaran akan muncul dan keadaan kembali jernih.
Kita tunggu dan lihat kesudahan kontroversi ini, ya…
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Soalan Panas Untuk Tasha – Adkah Buah Dada Tasha Original?
https://www.youtube.com/watch?v=_uuPpF5d7EA