Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tertembak Diri Ketika Tayang...

SEORANG budak lelaki berusia 13 tahun maut selepas tertembak diri sendiri ketika sedang menayangkan...

Kor Ming, Kuan Yau...

BIADAB... Tindakan Nga Kor Ming dan Hee Kuan Yau menggunakan kata kesat dan...

Agong Berangkat Hadiri Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri...

Gadis Dari Sabah Digelar...

JIKA sebelum ini, seorang gadis dari Sabah dikenali Phanthegerow Louiselle digelar kembar artis...

Isu “Kain Batik” Di JPJ: Pegawai Rela Terima Surat Penghargaan

ISU seorang pegawai Rela meminta seorang pelanggan wanita memakai kain batik ketika berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Wangsa Maju, kira-kira dua minggu lalu hangat diperkatakan sebelum ini.

Banyak pihak mengkritik tindakan tersebut kerana ia dikatakan memalukan individu berkenaan.

Wanita Pakai Skirt Pendek Marah, Disuruh Sarung Kain Batik Di JPJ

Malah tak lama selepas itu, JPJ mengeluarkan surat permohonan maaf kepada pelanggan wanita tersebut dan mengakui ia bukanlah sebahagian polisi jabatan itu untuk berbuat demikian.

Namun walaupun dihentam sesetengah pihak kerana insiden terbabit, masih ada yang memberi sokongan kepada Pegawai Rela berkenaan.

Menurut laporan akhbar The Star, kakitangan Rela tersebut, Tazidamiza Ismail, telah diberikan surat penghargaan.

Memetik kenyataan Ketua Pengarah Rela, Lukeman Saaid, surat tersebut diterima Tazidamiza bertujuan untuk menaikkan semangatnya setelah dikritik banyak pihak.

“Dia menerima banyak kritikan akibat insiden itu walaupun sebenarnya dia hanya menjalankan tugas.

“Anggota Rela sepatutnya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard mengikut jabatan yang ditugaskan.”

Sementara itu, pegawai Rela berkenaan mengakui, insiden sama berlaku setiap hari apabila sekurang-kurangnya seorang wanita akan datang dengan pakaian terdedah.


“Saya simpan sehelai kain batik untuk perempuan yang berpakaian seksi. Biasanya, mereka akan pakai saja sarung itu dan buat urusan mereka di pejabat ini.”

Namun demikian, dalam kes melibatkan pelanggan bernama Suzanna G. L. Tan yang mempunyai urusan di pejabat berkenaan, dia telah memuat naik fotonya sebelum dan ketika memakai kain batik di laman Facebook kerana tidak berpuas hati dengan arahan tersebut.

Tak lama selepas itu, ia menerima reaksi daripada orang awam yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya.

Tanpa niat mahu memihak kepada sesiapa, insiden berkenaan rasanya hanya satu salah faham kecil dan tidak wajar diperbesarkan di media sosial.

Andai kedua-dua pihak menghormati peraturan yang digariskan; iaitu pelanggan datang berurusan dengan memakai pakaian mengikut etika serta pegawai tidak menjalankan tugas secara semberono, isu ini tidak akan muncul.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Rakyat Malaysia Perlu Patuhi Kod Etika Berpakaian Di Jabatan Kerajaan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori