Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gwyneth Paltrow Puji Imej...

PELAKON gred A, Gwyneth Paltrow memuji penampilan girl next door atau gadis baik...

Hajat Wan Khair-il Nak...

HAJAT Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad untuk...

Kejam! Mulut Bayi Disumbat...

MEMBUANG bayi adalah perbuatan yang sudah cukup kejam, inikan pula membuangnya dalam keadaan...

Kajian Terowong Dasar Laut...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menjangkakan kajian kebolehlaksanaan bagi projek pembinaan terowong...

Izreen Azminda, Bekas Suami Profesional Kerja Bersama

WALAUPUN rumahtangga yang dibina tidak berpanjangan, Izreen Azminda bersama bekas suami, Muhammad Riza Baharudin ternyata matang apabila memilih untuk bersikap profesional terhadap karier masing-masing.

Buktinya, Izreen bersetuju terlibat dalam satu produksi di bawah pengarahan bekas suaminya itu.

Izreen bersama bekas suaminya, Riza ketika majlis pernikahan mereka suatu ketika dahulu.
Izreen bersama bekas suaminya, Riza ketika majlis pernikahan mereka suatu ketika dahulu.

“Saya dan Riza masih berkawan baik, bukan kerana anak semata-mata, tetapi juga sebagai rakan dalam satu industri.

“Riza sekarang sudah menjadi pengarah dan saya ada bekerja di bawah arahannya baru-baru ini dan Alhamdulillah saya rasa lebih mudah kerana saya tahu apa yang dia mahu malah kerja juga lancar,” katanya.

Pada masa yang sama, Izreen yang kini anggun berhijab turut menyatakan pendiriannya yang tidak kisah jika berkerjasama bersama bekas teman lelakinya, Johan Asa’ari.

“Bukan sahaja dengan Riza, saya juga tidak ada masalah bekerjasama dengan Botak (Johan Asa’ari) dan ada digandingkan bersama dalam satu telefilem baru-baru ini,” jelasnya.

Izreen bersama anak lelakinya.
Izreen bersama anak lelakinya.

Screen-Shot-2015-06-10-at-11.15.47-AM


Sementara itu, Izreen yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama Riza juga tidak menolak sekiranya ditakdirkan dia menemui jodoh kelak.

Bagaimanapun, buat masa ini Izreen memilih untuk memberi fokus sepenuhnya kepada anak dan kerjaya seninya dahulu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=HotrhZ0aHEc

Sumber: Roti Kaya

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori