Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Promosi Secara Digital Untuk...

KUALA KANGSAR - Kerajaan Negeri akan menggunakan platform digital bagi mempromosi hala tuju...

Pasaran Buruh Makin Baik,...

KUALA LUMPUR - Pasaran buruh terbukti bertambah baik pada Julai 2020 manakala kadar...

Ganjaran 20,000 Rupees, Burung...

RAMPUR - Kehilangan seekor burung nuri bernama Mitthu Alias Paulie menjadi tajuk bualan...

1MDB: Polis Tunggu Laporan...

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu laporan Jabatan Audit Negara bagi melengkapkan siasatan...

Meteorologi Nafi Bakal Berlaku Gempa Bumi Di KL, Bukit Tinggi

JABATAN Meteorologi  Malaysia semalam menafikan khabar angin yang tersebar kononnya Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi bakal dilanda gempa bumi susulan kejadian gempa bumi di Sabah, Jumaat lalu.

Menerusi satu kenyataan, jabatan itu tidak menjangkakan sebarang gempa akan berlaku di kedua-kedua kawasan dalam tempoh terdekat kecuali gempa bermagnitud kuat di Sumatera, Indonesia.

Jelas pihaknya, susulan gempa bumi berukuran 9.2 skala Richer di Sumatera Utara pada 26 Dis 2004 dan di Pulau Nias, Sumatera Barat bermagnitud 8.9 pada 28 Mac telah menyebabkan garis sesar di Bukit Tinggi kembali aktif.

Berikutan itu, beberapa siri gempa bumi yang lemah dengan kekuatan antara 1.7 hingga 4.2 skala Richer dicatatkan berlaku dalam tempoh 2007 hingga 2009.

Oleh itu, orang ramai dinasihat supaya tidak mudah percaya dengan sebarang bentuk penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih.


Orang ramai juga boleh merujuk sebarang maklumat menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di http://www.met.gov.my, mobile web rasmi m.met.gov.my atau melalui laman Facebook dan Twitter.

Untuk pengesahan maklumat, anda juga boleh menghubungi MetMalaysia hotline di talian 1300-22-1MET (1638).

Sumber: Bernama

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori