Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Video Solat Tarawih Pantas,...

PUTRAJAYA - Solat yang dilakukan secara pantas dan dilaksanakan secara tergopoh-gapah adalah tidak...

Mak Tiri Disyaki Bunuh...

LIMBANG - Polis menahan seorang wanita selepas disyaki menyebabkan kematian anak tirinya, Khamis...

Guna Aplikasi Smule, Kredibiliti...

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah menggunakan aplikasi Smule sehingga mencetuskan...

Netizen Kritik Fesyen Seluar...

TIDAK dinafikan Neelofa mempunyai fashion sense yang bagus, tengok sahajalah fesyen tudung yang...

Jadi Trend! Individu Bukan Islam Kongsi Pengalaman Berpuasa

IBADAH berpuasa merupakan amalan wajib bagi setiap individu Muslim dan harus dilaksanakan selama 30 hari pada bulan Ramadan.

Namun siapa sangka, dalam negara berbilang kaum Malaysia, pengalaman menahan lapar dan dahaga sepanjang hari turut sama dirasai oleh masyarakat dari agama lain.

BERKAITAN: Pertama Kali Suami Puasa, Lana Nodin Upah Ayam Penyet

Melalui laman sosial Facebook, beberapa individu bukan Islam berkongsi pengalaman mereka berpuasa bersama-sama rakan Islam.

Untitled.png 1

Antaranya Nave Vj, menceritakan detik pengalaman ketika mula bersahur pada awal pagi sebelum menjalani rutin hariannya sebagai pelakon teater sehinggalah dapat berbuka pada waktu Maghrib. Jom kita baca!

“Hari ini merupakan hari pertama saya berjaya berpuasa bersama rakan-rakan beragama Islam pada bulan Ramadan.

“Pengalaman bangun pada waktu pagi dan makan kemudiannya berpuasa sepanjang hari sambil melakukan persembahan di hadapan penonton sangatlah mencabar mental dan fizikal.

“Ketika memulakan persembahan, minda saya asyik berfikir untuk meneguk air tapi lama kelamaan ia hilang…”

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut berkata bahawa dia tidak sabar menanti hari kedua berpuasa! Wah, semangat betul, kan?

Selain Nave, seorang lagi individu, Ahli Tun Eng turut berkongsi kejayaannya berpuasa di laman sosial.

1471318_10154310655504572_2462998369013341889_n


Melalui muat naik status dan sekeping foto roti jala, dia berkongsi perasaan gembiranya kerana berjaya menghabiskan puasa pada hari pertama.

Amber Chia Berazam Mahu Puasa Penuh Pada Bulan Ramadan

Sebelum ini, supermodel Malaysia, Amber Chia turut berazam untuk berpuasa selama 30 hari sepanjang Ramadan.

Apa-apapun, tindakan yang dilakukan oleh segelintir individu bukan Islam untuk sama-sama merasai pengalaman berpuasa harus dipuji.

Mereka bukan sahaja dilihat menghormati rakan Islam yang berpuasa tetapi sanggup untuk sama-sama menahan lapar dan dahaga.

Jadi, buat individu yang masih ponteng berpuasa tu, silalah sedar-sedarkan diri! Buat malu je…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Upin Dan Upin – Kisah Malam Puasa

https://www.youtube.com/watch?v=gDX6xiBo–o

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori