SKUAD bola tampar wanita Filipina mengemukakan bantahan kepada jawatankuasa Sukan SEA di Singapura kerana mencurigai seorang pemain bola tampar pasukan Indonesia.
Jurulatih kontijen Filipina, Roger Gorayeb mendapati ada sesuatu yang tidak meyakinkan pada Aprilia Santini Manganang yang dilihat memiliki bentuk fizikal berotot kekar selain mempunyai tenaga yang tidak setara dengan atlet wanita.
“Kemampuan Aprilia bagaikan seorang atlet lelaki,” kata Gorayeb.
Isu jantina dalam sukan bukanlah suatu perkara yang baharu.
Sebelum ini, juara dunia acara lari 800 meter dari Afrika Selatan, Caster Semenya pernah diminta menjalani ujian kerana disyaki bukan wanita sejati.
Hanya selepas ujian mengesahkan dia wanita, baharulah panitia pertandingan membenarkan Caster menyertai kembali pertandingan tersebut.
Pelari pecut dari India, Dutee Chand juga pengalaman yang sama apabila jantinanya turut diragui. – MYNEWSHUB.CC
Nazmi Faiz Mansor Meludah Pemain Timor Leste | SEA Games Singapore 2015
https://www.youtube.com/watch?v=pntMxvG2wNQ