KUALA LUMPUR – Pembinaan `Johor Darul Ta’zim (JDT) Cafe’ di Padang Seri Gelam, Johor yang menggunakan konsep kontena dijangka siap sepenuhnya awal Julai depan.
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan media memberitahu, projek itu dianggarkan menelan kos hampir RM400,000.
“`JDT Cafe’ bakal memberikan kemudahan baru buat para penyokong untuk bersantai sambil menyaksikan para pemain pasukan JDT menjalani latihan di Padang Seri Gelam,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, projek pembinaan yang diselia oleh kontraktor bumiputera dari Johor, bakal menambahkan lagi prasarana bola sepak sedia ada JDT.
– MYNEWSHUB.CC