Beijing – Seorang lelaki di wilayah Guangdong semalam mengelar leher seorang jurujual wanita yang bakal mendirikan rumah tangga bulan depan selepas mangsa cuba menghalangnya mencuri di sebuah pasar raya.
Mangsa berusia 27 tahun disahkan mati di tempat kejadian.
Menurut NetEase, mangsa melihat lelaki terbabit mencuri sesuatu dan cuba menghalangnya meninggalkan pasar raya itu.
Namun, lelaki itu mengambil pisau di atas para berhampiran dan mengelar lehernya sebelum melarikan diri.
Kejadian itu menyebabkan kedai berkenaan ditutup sementara.
Suspek kemudian ditahan di sebuah pekan berhampiran selepas dia dicam menerusi kamera litar tertutup. – Agensi/myMetro Online