KOTA TINGGI - Seorang jururawat adalah antara tiga yang maut apabila kereta mereka bertembung dengan lori di Km 42.2, Jalan Johor Baharu-Mersing dekat sini pagi tadi.
Jururawat itu ialah Rohayu Abas, 29, yang memandu kereta tersebut serta penumpangnya Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, dan Rokiah Abu Bakar, 52.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 pagi apabila kereta itu yang datang dari arah Mersing menuju Johor Baharu dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari pantai timur menuju Johor Baharu.
Pemandu lori itu hanya cedera ringan. – BERNAMA