Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

41 Maut Puting Beliung...

DALLAS - Ribut petir melanda selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang cuti...

‘Bawa Uber’ Tanpa Permit,...

SIAPA sangka perkara yang dianggap mungkin gurauan itu boleh berubah menjadi sesuatu yang...

Norazli Musa Meninggal Dunia...

IPOH - Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa, 52, menghembuskan nafas...

Baju Calvin Klein RM542,000...

LOS ANGELES - Pakaian bertatahkan mutiara yang bernilai AS$150,000 (RM542,345) yang dilapor dicuri dari...

Kecoh Pilot Ucap ‘Selamat Datang Ke Palestin’ Di Tel Aviv

WALAUPUN kisah ini sudah lama berlalu, namun hanya baru-baru ini ianya menjadi viral di laman-laman sosial bilamana seorang juruterbang syarikat penerbangan milik Itali Alitalia mencetuskan kekecohan di kalangan penumpang dan anak kapal pesawat yang dipandunya gara-gara mengucapkan ‘Selamat Datang Ke Palestin’ ketika mendarat di Tel Aviv, Israel.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu di Israel, mereka masih belum bertemu lagi dengan juruterbang berkenaan namun tidak akan berdiam diri sekiranya beliau masih melakukan perkara tersebut.

Tindakan tersebut juga mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan digantung tugas daripada menerbangkan pesawat ke Israel selepas ini.

Namun satu perkara yang pasti, kebanyakan penganut Islam di seluruh dunia menyanjungi tindakan yang diambil juruterbang tersebut kerana tidak mengiktiraf penduduk Israel di tanah Palestin.

Seperti yang kita tahu, rejim Zionis telah merampas sebahagian besar tanah Palestin sehingga membentuk negara haram mereka sendiri di situ.

Perbuatan mereka mendapat sokongan penuh daripada negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang sentiasa memberikan bantuan kepada rejim Zionis bagi mencetuskan peperangan ke atas rakyat Palestin yang teraniaya dan dicabuli hak mereka.


Ternyata, kapten itu sendiri tidak mengiktiraf negara yang dipimpin Benjamin Netanyahu yang sememangnya menjadi musuh ketat umat Islam seluruh dunia.

– MYNEWSHUB.CC

Zionists Attack Palestinian Family and Child

https://www.youtube.com/watch?v=YIMfRR3Qih0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori