Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budak Miliki Kuasa ‘Magneto’...

Siapa sangka, seorang kanak-kanak miliki satu keistimewaan selepas dirinya hampir menemui ajal kerana...

`Pondan’ Maut Selepas Suntik...

Mexico – Seorang lelaki meninggal dunia selepas menyuntik dadanya dengan minyak masak untuk...

Isu Tanah Felda: Isa...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari...

Ibu Bapa Akan Dimaklum...

PUTRAJAYA - "Ibu bapa akan dimaklumkan sehari lebih awal sekiranya arahan penutupan sekolah...

Justo Boleh Bantu Perjelas Dakwaan Terhadap 1MDB – Khairy

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata penangkapan bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo boleh membantu siasatan dakwaan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau berkata maklumat yang didakwa salah dan dibocorkan oleh Justo untuk disiarkan dalam talian telah ‘mencemarkan imej 1MDB’, dan beliau berharap Justo akan dibawa ke muka pengadilan.

“Penangkapan Xavier Justo telah mendedahkan maklumat baharu mengenai isu 1MDB.

“Justo menggunakan fakta 1MDB yang diputarbelitkan untuk memeras ugut itu, mungkin untuk keuntungan kewangan sendiri. Laporan berita mendedahkan bahawa menjalani gaya hidup yang mewah.

“Jadi, apabila dia tidak lagi bekerja dengan PetroSaudi, dia memutuskan untuk memeras ugut mereka.

“Malangnya, agendanya telah mengheret kerajaan Malaysia dan 1MDB.

“Saya berharap siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap Justo dan dia akan dibawa ke mahkamah, supaya maklumat yang telah dilaporkan oleh laman web seperti Sarawak Report akan dapat dibuktikan palsu,” kata Khairy, Khamis.

Pada Rabu, sebuah akhbar Thailand, Bangkok Post melaporkan bahawa polis Thailand telah menahan Justo, 49, dan mendakwa warganegara Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.


Siasatan awal mendapati Justo bertanggungjawab memberikan maklumat salah kepada Sarawak Report..

Blog tersebut menjadi sumber maklumat palsu dan artikelnya mengenai 1MDB kemudiannya dipetik The Edge dan media lain.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang berkata, pihaknya turut menggeledah kediaman Xavier Justo dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.

Katanya, Xavier Justo merupakan eksekutif di PetroSaudi, sebelum melarikan diri ke Thailand.

Justo ditahan di sebuah rumah di Koh Samui pada Isnin atas dakwaan membocorkan maklumat kepada Sarawak Report mengenai 1MDB.

Namun, dia menafikan dakwaan tersebut. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori