Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

15 Motosikal Rosak Ditimpa...

GEORGETOWN - Lima belas motosikal rosak apabila bumbung tangki air di Blok 3...

Najib Imbau Kenangan Zaman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbau kembali kenangan mencuit hati...

Anggota GAUM Sertai Perhimpunan...

KOTA KINABALU - Gerakan Akarumbi UMNO Malaysia (GAUM) menghantar 3,000 anggotanya untuk menyertai...

Perbanyak Aktiviti Kekeluargaan Bantu...

KUALA LUMPUR - Usaha ke arah mengeratkan hubungan antara golongan yang menjalani pemulihan...

Kaji Guna Pusat Internet 1Malaysia Untuk Aplikasi Penjagaan Kesihatan

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji sama ada sistem penjagaan kesihatan desa berasaskan internet yang dibangunkan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) boleh diguna pakai di seluruh negara untuk manfaat penduduk terutama di luar bandar.

Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata, ini termasuk sama ada aplikasi itu boleh diguna pakai melalui Pusat Internet 1Malaysia yang ditubuhkan di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan RiGHT CHANGE, penjagaan kesihatan berasaskan internet di Kampung Tambirat di Asajay di sini hari ini.

Jailani berkata sistem sokongan MEASAT itu yang menyediakan pautan internet adalah langkah bijak dan dapat menjimatkan kos dan masa menunggu untuk penduduk luar bandar yang ingin tahu tentang penyakit atau keadaan kesihatan mereka.

Beliau berkata selepas melalui empat proses pemeriksaan, pesakit kemudian boleh mengadakan telepersidangan dengan doktor panel di pusat tersebut.

“Pusat Internet 1Malayia kami di seluruh negara dilengkapi kemudahan jalur lebar kelajuan tinggi. Kami akan menggunakan aplikasi ini di negeri ini terlebih dahulu untuk melihat keberkesanannya sebelum dilancarkan di seluruh negara,” katanya sambil menambah negeri ini mempunyai kira-kira 20 Pusat RiGHT CHANGE.


Jailani berkata untuk Sarawak, kerajaan akan membina 52 buah lagi Pusat Internet 1Malaysia sebagai tambahan kepada 58 yang sedia ada.

“Negeri itu juga mempunyai sejumlah 203 menara telekomunikasi sehingga kini dan 147 lagi dalam proses untuk dibina.”

Beliau berkata kerajaan juga dalam proses untuk memasang kabel laut sepanjang 3,500 kilometer dari Mersing di Johor di Semenanjung ke Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada program untuk meningkatkan rangkaian internet di seluruh negara. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori