Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Suspek Penjenayah Ditembak Serang...

SUNGAI PETANI - Seorang individu yang dipercayai anggota geng pecah rumah ditembak berdekatan...

Festival Layang-Layang Borneo Disertai...

BINTULU - Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo 2017 menarik penyertaan 130 peserta dari 24...

B. Melayu Mempunyai Kekuatan...

BEIJING - Seorang profesor di Beijing Foreign Studies University (BFSU) yakin bahasa Melayu...

Jemaah Malaysia Wajib Guna...

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi...

Kakak Ratu Rock, Jojie Akhiri Zaman Solo

Siapa yang kenal dengan kakak kepada Ratu Rock negara, Jojie yang sentiasa kelihatan bersama Ella di mana-mana majlis selaku pengurus penyanyi berkenaan.

Selain Hanis Zalikha, semalam turut melakar sejarah buat kehidupan Jojie, 50 yang telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Syahrizal Ismail, 36 dengan sekali lafaz.

Jojie-Dan-Syahrizal-Ismail-Kini-Sah-Bergelar-Suami-Isteri-ROTIKAYA20150606_4581 Jojie-Dan-Syahrizal-Ismail-Kini-Sah-Bergelar-Suami-Isteri-ROTIKAYA20150606_4579

Pasangan sama cantik sama padan ini dinikah oleh Jurunikah Mukim Subang, Abdul Halim Abd Rahman yang berlangsung di Masjid Ara Damansara, Selangor malam tadi.

Jojie atau nama sebenarnya, Rozita Aminuddin menerima mas kahwin RM888 dan wang hantaran RM20,000 serta tujuh dulang.

“Syukur semuanya selamat dan berjalan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan sahabat yang sudi hadir,” katanya kepada Berita Harian.

Jarak usia 14 tahun menurut Jojie atau nama sebenarnya Rozita bukanlah masalah apatah lagi keluarga bakal suami menerima kehadirannya dengan tangan terbuka.


Menurut Jojie, dia mengenali suaminya sejak setahun lalu dalam sebuah acara sebelum Syahrizal melamarnya dengan sebentuk cincin pada 11 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Jojie mengakui terpikat dengan keperibadian Syahrizal yang matang meskipun jarak usia mereka berbeza.

“Selain itu apa yang membuatkan saya terpikat padanya kerana beliau seorang yang sangat menjaga solat. Dia sering mengingatkan saya mengenai solat, terutama sekali solat subuh. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan dan Alhamdulilah impian itu dimakbulkan,” katanya.

Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia buat Jojie dan suami! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori