Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kini, Sesiapa Sahaja Boleh...

Kini sesiapa sahaja boleh membuka gereja: anda hanya perlu cari satu premis kosong,...

“Kami Ditunjuk Rakaman Kepala...

SIBU - Tiada lain yang diingatkan mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf di selatan...

Pelaburan Minyak, Gas Kekal...

KUALA LUMPUR : Malaysia terus mengekalkan daya saing dalam sektor minyak dan gas,...

Mayat Gelandangan Ditemukan Di...

GEORGE TOWN - Mayat lelaki yang dipercayai gelandangan ditemukan terapung di Sungai Pinang...

Kalau Nak Hentam, Hentam Saya Depan Depan – Nazri Aziz

SUSULAN kritikan masyarakat tentang kenyataannya terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar individu-individu tersebut untuk bersemuka dengannya dan tidak berselindung di sebalik media sosial.

Ujarnya yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan kepada Malaysiakini, “Saya mungkin seorang menteri yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook.

“Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka.

“Sekiranya anda mahu menghentam secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah.”

Amaran Nazri Aziz Dibalas TMJ Dengan Ngauman Harimau?

tmj8

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tentang reaksi orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya terhadap TMJ.

Ujarnya lanjut, dia tidak mengendahkan pendapat negatif awam tentang kenyatannya.

“Saya tidak mengecam baginda. Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung untuk melindungi keluarganya.


“Tetapi untuk mengatakan saya tidak mengenang budi, tahap intelektual golongan ini rendah. Jika tahap intelektual mereka rendah, saya tidak boleh membantu.”

Semalam, tindakan Nazri mengkritik Tunku Ismail supaya tidak mencampuri urusan politik negara dibalas TMJ dengan satu video ngauman harimau di laman Facebook Johor Southern Tigers tak lama selepas itu.

Ia mendapat perhatian ramai terutamanya warga Johor yang tidak berpuas hati dengan pandangan yang dilontarkan Nazri.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

TMJ Bergurau Masakkan Adinda Sendiri, Tunku Boo Boo

https://www.youtube.com/watch?v=xgkH3vPX3Go

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori