Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Bukan Gurauan, Bill...

WALAUPUN lebih daripada mampu untuk hidup bersenang lenang dengan harta dimilikinya, pengasas Microsoft,...

Walaupun Terkhilaf, Surat SPRM...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu tegas membanteras penyalahgunaan kuasa dan...

6 Sekeluarga Maut Ditembak...

KUALA LUMPUR - Enam sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut dipercayai ditembak di perairan...

Video Seks: 26 Pemimpin...

SHAH ALAM - Seramai 26 pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk empat...

Kali Pertama Satu Dunia Mula Puasa Serentak

LONDON – Buat julung kali dalam sejarah, umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa wajib Ramadan 1436 Hijrah secara serentak pada Khamis, lapor portal berita antarabangsa, International Business Times lewat Selasa.

Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di benua Eropah, Amerika, Afrika, Australia dan Asia sepakat bersetuju menetapkan tarikh 1 Ramadan jatuh pada 18 Jun 2015 sekali gus, bulan Syaaban genap 30 hari pada Rabu.

Seorang saintis pakar astronomi global, Rohan Roberts memberitahu akhbar tempatan Gulf News di Dubai, UAE bahawa anak bulan Ramadan hanya dapat dilihat secara jelas di ufuk kaki langit pada lewat petang 17 Jun.

“Kira-kira tiga peratus daripada pembentukan bulan baharu dapat disaksikan di ufuk barat pukul 7.54 petang di UAE pada Rabu ini, dan ini bermakna hari pertama Ramadan jatuh pada 18 Jun,” jelas penyelidik sains falak itu.

Beliau turut menjangkakan Aidilfitri bakal jatuh di seluruh dunia pada 17 Julai susulan anak bulan Syawal diramal hanya dapat dilihat dengan jelas menjelang pukul 7.21 malam waktu UAE pada lewat senja 16 Julai depan.

Dalam pada itu, keadaan yang sama turut berlaku di majoriti negara Islam di Asia dan Afrika selain benua Eropah, Amerika dan Australia apabila saintis astronomi mendakwa anak bulan Ramadan sukar dilihat pada 16 Jun.

Kebanyakan negara bukan Islam berpandukan kepada tarikh ditetapkan kerajaan Arab Saudi dan ada merujuk data saintifik pengiraan kedudukan anak bulan dikeluarkan balai cerapan markas tentera laut Amerika Syarikat.


Di United Kingdom, yang menjadi pusat tanda aras rujukan umat Islam di seluruh Eropah, badan hal ehwal Muslim Britain menetapkan puasa bermula 18 Jun dan Ramadan tahun ini dijangka genap penuh 30 hari.

Sementara itu, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dilaporkan bersetuju tarikh permulaan puasa ialah 18 Jun setelah mendapati anak bulan pada 16 Jun gagal memenuhi kriteria dipersetujui bersama empat negara itu.

Jiran mereka, Thailand dan Filipina turut menetapkan tarikh rasmi 1 Ramadan bermula pada Khamis ini sebagai panduan kepada umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di dua negara rantau Asia tenggara berkenaan.

Media di Indonesia pula melaporkan, buat kali pertama tahun ini semua organisasi Islam di republik itu yang sering bertelagah selama ini akhirnya bersepakat menerima hanya satu tarikh seragam permulaan Ramadan.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Agama Republik Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin di Jakarta selain disahkan menerusi pemantauan 36 petugas stesen rukyah di seluruh negara. – Agensi/Mynewshub/HAA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori