Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jerung Melekat Di Tangan...

BOCA RATON (Florida) - Seorang wanita berusia 23 tahun yang digigit jerung kecil...

3 Pelajar Sekolah Antara...

BATU GAJAH - Polis menahan 14 lelaki termasuk tiga pelajar sekolah dan merampas...

Wanita Kulit Putih Menyamar...

Los Angeles - Wanita ini, Rachel Dolezal, 37, adalah wanita kulit putih namun...

Wanita Ditikam, Bayi Dalam...

KEJAM. Seorang wanita yang sedang mengandung ditikam hingga mati manakala bayi dalam kandungannya dikeluarkan...

Kami Bukan ‘Pak Turut’ Hadi – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – PAS menafikan dakwaan bahawa proses membuat keputusan di dalam parti itu akan menjadi lebih mudah sekarang dengan ketiadaan kumpulan bukan pro ulama.

“Hakikatnya, ini adalah kekuatan kepada presiden. (Memiliki kumpulan pro ulama) tidak bermaksud mereka adalah ‘pak turut’ kepada presiden,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mengakui beberapa ahli jawatankuasa pusat yang baharu dipilih mempunyai pandangan berbeza daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden melihatnya secara positif.

“Semua pandangan mereka diambil kira dalam mesyuarat dan presiden boleh membuat keputusan berdasarkan pandangan yang berbeza,” katanya.

Beliau turut menolak persepsi bahawa pasukan baharu itu didominasi golongan ulama dengan berkata ‘majoriti’ pemimpin datang dari latar belakang profesional.


Tuan Ibrahim yang menggantikan kerusi yang disandang Mohamad Sabu dengan kemenangan besar pada persidangan Muktamar PAS Ke-61, awal bulan ini berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menyatukan kembali parti itu.

“Fokus utama saya sekarang adalah untuk menyatukan semula ahli dan memperkukuh parti. Menang atau kalah adalah adat dalam mana-mana pemilihan,” katanya. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori