Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jutaan Nyamuk Berbakteria Dibebaskan...

RIO DE JANEIRO - Saintis Brazil mula melepaskan jutaan nyamuk pertama yang dijangkiti...

PAS Kritik PKR Bermuka-Muka!...

KUALA LUMPUR - "Parti Keadilan Rakyat (PKR) pelu jujur dengan persahabatan. Jangan depan...

Ranil Wickremesinghe Angkat Sumpah...

COLOMBO — Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai pemangku Presiden Sri Lanka...

Kecoh.. Salman Khan Bertunang...

BINTANG Bollywood, Salman Khan tiba-tiba menjadi perbualan hangat di India apabila dikhabarkan telah...

Kapal MT Orkim Harmony Ditemui, Semua Anak Kapal Selamat

KUALA LUMPUR – Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.

Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.

MT Orkim Harmony Telah Dikesan, Cat & Nama Dah Ditukar

Ketika ditemui, kapal itu didapati telah ditukar namanya kepada ‘Kim Harmon’ dipercayai sebagai taktik penyamaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, katanya kepada Bernama.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.


Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kapal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori