Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Adun Seri Setia Meninggal...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia yang juga Anggota...

Program Jimat Belanja Dapur...

JASIN - Pengunjung program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan...

MPK Roboh Tokong Menyerupai...

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan sebuah tokong kecil...

Lee Chong Wei Juara...

PEMAIN perseorangan nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi Terbuka Malaysia 2016...

Kapal Tangki Hilang: Keluarga Doa Mohd Firdaus Selamat

KUCHING – Keluarga kepada Mohd Nur Firdaus Nawawi Akihito, 24, pegawai dek kapal MT Orkim Harmony yang hilang Khamis lalu, mendoakan keselamatan beliau dan berharap beliau akan selamat.

Di dalam Facebook, bapanya Akihito Nawawi turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak terhadap keselamatan anaknya dan anak kapal yang lain.

“Terima kasih atas keprihatinan serta doa keluarga, saudara mara dan rakan2 terhadap dugaan yang cukup memberi tamparan hebat buat kami sekeluarga.

“Hari ini masuk hari ke 5. anak saya Mohd Firdaus serta 22 crew Kapal Orkim Harmony masih belum ditemui. Insyallah, semoga semuanya selamat dan kembali ke pangkuan keluarga. We all miss you young boy”.

Catatan turut dikongsi ibu Mohd Firdaus, Surayani Daud. Mereka dari Matang Jaya di sini berkongsi gambar keluarga bersama Mohd Firdaus di laman sosial tersebut.


Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada 8.57 malam Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan.

Kapal yang dimiliki syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia serta rakyat Indonesia dan Myanmar.

Mohd Nur Firdaus Nawawi dikatakan baru sebulan berkhidmat di atas kapal itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori