Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Majlis Raikan Cinta Sukur,...

BENARLAH bagai dikatakan bahawa jodoh dan pertemuan itu sememangnya rahsia Allah SWT. Tiada...

Perkeso Digesa Tarik Balik...

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)...

Kenapa Pesawat Perlu Habiskan...

Kecoh hari ini apabila sebuah pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke...

EXCO PAS Dikecam Kerana...

Selepas beberapa kontroversi berhubung hidangan Menu Rahmah mengaitkan wakil rakyat PAS, kali ini...

Kayu Selfie Untuk Insan Yang Berjiwa Samurai

SAMPAI ke hari ini, kami masih mengikuti siri manga Bleach.

Pengembaraan Kurasaki Ichigo selepas menjadi Shinigami (Dewa Maut) adalah sangat menarik.

Siri anime dan filem yang dihasikan juga sangat menarik.

Pendek kata kami memang menyimpan fantasi untuk menjadi seorang samurai.

Malang sekali zaman Meiji sudah berakhir 103 tahun yang lalu.

Zaman sekarang sekiranya anda berjalan sambil membawa pedang samurai anda mungkin akan ditahan pihak berkuasa sebelum dihantar ke pusat Hospital Bahagia.

Tetapi jangan risau, anda masih boleh memenuhi fantasi samurai anda dengan kayu selfie Katana di bawah.


Kayu-Selfie-Katana-2

Kayu selfie ini kelihatan seperti Katana biasa dan mempunyai butang terbina bagi memudahkan gambar selfie diambil.

Ia tidak memerlukan sebarang bateri dan sesuai digunakan oleh peranti iOS dan Android.

Harga jualan kayu selfie Katana ini ialah USD39 (RM 146) sebuah.

Jangan lupa untuk menyebut “Bankai” sebelum mengambil gambar anda ketika menggunakan kayu selfie ini.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori