BUTANG fizikal Home di bahagian hadapan skrin peranti iPhone telah wujud sejak generasi pertama lagi.
Rekaan ikonik ini pernah dijadikan bukti oleh Apple bahawa Samsung meniru rekaan peranti mereka.
Kini terdapat ura-ura bahawa Apple mungkin tidak akan menggunakan butang fizikal ini lagi pada peranti mereka di masa hadapan.
Ura-ura bertiup kencang selepas Apple dilihat membangunkan cip yang menggabungkan fungsi sentuhan dan paparan pada waktu yang sama.
Teknologi ini membolehkan cap jari diimbas menggunakan skrin peranti dan bukannya pengimbas khas seperti TouchID sekarang.
Jika dilihatkan, sejak 2013 lagi Apple telah mempatenkan teknologi mengimbas cap jari dengan menggunakan skrin.
Penggunaan peranti tanpa butang fizikal di hadapan mempunyai beberapa kelebihan. Pertama sekali masalah butang home yang rosak akan dapat dielakkan di masa hadapan.
Skrin yang lebih besar juga boleh digunakan tanpa peranti menjadi terlalu panjang.
Pada masa yang sama ia akan turut membawa masalah kerana penggunaan butang home fizikal sekarang sangat penting untuk melancarkan Siri serta skrin multitasking peranti iOS.
Namun bagi sesetengah pengguna tegar iPhone, peranti dengan butang navigasi yang terpapar di atas skrin adalah yang paling mesra pengguna dan mempercepatkan tugasan.
Mungkin apa yang pengguna mahukan adalah rekan peranti tanpa butang fizikal dan ini termasuklah butang kapasiti di bahagian sisi.
Sudah masanya iPhone buat generasi yang seterusnya menonjolkan ciri-ciri ‘teknologi 5 tahun kehadapan’ berbanding  jenama-jenama yang lain. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: the age
https://www.youtube.com/watch?v=Pge0hnI6oA4