Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pesawat Singapore Airlines Terbakar,...

SINGAPURA - Sebuah pesawat syarikat penerbangan kebangsaan Singapura, Singapore Airlines (SIA) menuju ke...

Pentagon Belanja AS1.1B Biayai...

WASHINGTON - Pentagon sudah membelanjakan kira-kira AS$1.1 bilion bagi membiayai operasi serangan tentera...

Qatar Airways Beri 10,000...

DOHA - Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di...

Selangor Tidak Perlu Adakan...

SHAH ALAM - Selangor tidak perlu mengadakan pilihan raya mengejut berikutan usul persempadanan...

Kemarau Sebabkan Tekanan Air Rendah

BAU – Beberapa buah kampung di daerah ini sedang berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan air bersih terutama pada musim kemarau sekarang.

Satu daripada kampung yang menghadapi masalah itu ialah Kampung Stungkor Lama.

Ketua kampungnya Nojey Naking berkata, keadaan menjadi kritikal setiap kali musim kemarau, iaitu antara bulan Jun hingga Oktober.

Katanya, sumber air paip ke kampung itu dibekal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi tekanan air menjadi rendah pada setiap musim kemarau.

“Keadaan ini memaksa kami meminta bantuan daripada JKR Lundu untuk membekalkan air menggunakan lori kepada penduduk kampung,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Nojey meminta supaya kerajaan membina jalan di dalam kampung berkenaan dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin ketika melawat ke kampung itu pada Sabtu telah mengarah pihak JKR untuk membina jalan tersebut.


Selain itu, pemasangan lampu jalan di dalam kampung akan turut dilaksanakan, kata Nojey.

Semasa lawatan itu, Manyin turut mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM10,000 untuk kampung berkenaan.

Kampung Stungkor Lama dihuni 136 keluarga terdiri daripada 971 orang penduduk yang kebanyakannya petani. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori