Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mula Merancang Tunaikan Haji...

MAKKAH - Generasi muda Malaysia dinasihatkan mula merancang untuk menunaikan fardu haji seawal...

Azan Subuh 2 Kali...

KUANTAN - Semua masjid dan surau di Pahang diarah melaksanakan laungan azan sebanyak...

Hudud PAS Hanya Untuk...

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengkritik hasrat PAS untuk melaksanakan...

Polis Tahan Bapa Rogol,...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang bapa yang dilaporkan merogol dan meliwat anak...

Kematian Akibat Denggi Di Perak Meningkat Kepada 13 Kes

IPOH – Jumlah kematian akibat denggi di Perak meningkat kepada 13 kes dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tujuh kes pada masa sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata tujuh kematian dilaporkan di daerah Kinta, Manjung (dua), Hilir Perak (satu), Kuala Kangsar (satu), Kampar (satu) dan Kerian (satu).

Beliau berkata sehingga kini, jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat 117.9 peratus iaitu 5,564 kes, berbanding tempoh yang sama tahun lepas sebanyak 2,554 kes.

“Kes denggi di Kinta sebanyak 4,092 kes, Manjung (330), Hilir Perak (197), Kuala Kangsar (247), Batang Padang (134), Larut Matang dan Selama (218), Kampar (187), Perak Tengah (35), Kerian (80) dan Hulu Perak (44),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Mah mengadakan lawatan bersama Jabatan Kesihatan Perak ke kawasan ‘hotspot denggi tegar’ di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Dua, Manjoi dan Taman Cempaka di sini.

Beliau berkata tempoh wabak denggi paling lama di negara ini adalah di dua kawasan di daerah Kinta itu iaitu dari November tahun lepas sehingga kini.


“Tempoh wabak denggi di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2 adalah 213 hari membabitkan 104 kes manakala di Taman Cempaka, 203 hari membabitkan 110 kes,” katanya.

Dr Mah berkata antara faktor wabak denggi di lokaliti itu adalah disebabkan longgokan sampah haram, longkang tersumbat, rumah kosong terbiar, pembuangan sisa pembinaan dan tingkah laku penduduk menyimpan barang lusuh dan terpakai.

Beliau menggesa masyarakat menggembleng tenaga dalam menjalankan operasi gotong-royong di lokaliti kawasan ‘hotspot’ denggi di seluruh Perak bagi memerangi wabak penyakit itu.

“Denggi yang menjadi kebimbangan utama ketika ini hanya dapat dikurangkan melalui kerjasama semua pihak dengan melaksanakan tanggungjawab masing-masing,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori