Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Mengandung Antara 105...

ROMPIN - Seorang wanita hamil tujuh bulan antara 105 individu yang ditahan dalam...

Kambing Jantan Keluar Susu...

Gaza - Pihak berkuasa Palestin di sini menyembelih seekor kambing jantan yang dianggap...

Gambar: Rumah Nenek Neelofa...

RASANYA semua peminat hiburan mengetahui yang selebriti cantik Neelofa atau nama sebenarnya Noor...

Petisyen Desak Waytha Moorthy...

KUALA LUMPUR - Petisyen mendesak Senator P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri...

Kementerian Pendidikan Kekal Dasar Penjimatan – Idris

BESUT – Kementerian Pendidikan akan meneruskan dasar penjimatan dalam perbelanjaan pengurusannya seperti yang telah berjaya dilakukan tahun lalu, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya beliau gembira apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu perjumpaan dengan kakitangan awam baru-baru ini, mahu usaha Kementerian Pendidikan itu dicontohi oleh kementerian lain.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pihak dalam kementerian termasuk para pentadbir sekolah, pejabat dan jabatan pendidikan yang telah melakukan yang terbaik dalam melakukan perbelanjaan hingga dapat membantu kerajaan menjimatkan sejumlah wang yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama-sama warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim dan penduduk di dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong di sini semalam.


Mengenai pemilihan Naib Canselor universiti dilakukan setiap tiga tahun sekali oleh sebuah jawatankuasa pemilih, Idris berkata sehingga ini pemilihan tersebut dianggap bersesuaian apabila terdapat banyak universiti tempatan berjaya tersenarai antara 300 universiti terbaik peringkat Asia dan dunia tahun ini.

Katanya mereka yang dipilih sebagai Naib Canselor biasanya mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dan boleh menentukan kejayaan sesebuah universti yang bakal diterajuinya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori