Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Husam Diarah Keluar Dewan...

KOTA BHARU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa diarah...

Cub Prix: Belum Masa...

MOHD Zaqhwan Zaidi enggan mengalah meskipun saingan kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM...

Adik Hilang Sekelip Mata...

GEORGE TOWN - Hati mana yang tidak luluh apabila adik yang baru sahaja...

MRSM Muar Ditutup Lepas...

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarahkan tutup selama tujuh hari bermula semalam...

Kenang Jasa Pengorbanan Anggota Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai agar mengenang jasa serta pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara.

Melalui podcast  atau fail audio yang dimuat naik dalam blog rasminya najibrazak.com hari ini, beliau berkata jasa mereka dalam menjaga dan memastikan keselamatan negara tidak boleh dilupakan sama sekali.

“Anggota keselamatan kita sentiasa bersiap-sedia bagi memastikan kita semua dapat tidur dengan lena,” katanya.

Najib berkata, beliau berasa sangat bertuah kerana berkesempatan meluangkan masa dengan keluarga pada awal Ramadan ini untuk berbuka puasa bersama isteri, anak dan ibu beliau.

“Tetapi saya juga teringat pada anggota pasukan keselamatan negara yang tidak dapat berbuka dengan keluarga ketika menjalankan tugas menjaga keselamatan negara,” jelas Najib.

Secara kebetulan, beliau sendiri pernah berpengalaman menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali itu 1990-1995 dan 1999-2008 di bawah pentadbiran dua perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.


Ketika menerajui kementerian itu, Najib diingati warga Angkatan Tentera Malaysia kerana sikap prihatin beliau meningkatkan taraf kediaman berek anggota di seluruh negara yang lebih selesa khasnya pasangan yang sudah berkeluarga.

“Selasa lalu saya membuat keputusan untuk berbuka puasa dengan anggota tentera dan ketika itu, saya terharu dapat lihat kesedihan di raut wajah mereka kerana tidak dapat bersama keluarga semasa bertugas untuk negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori