Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Anggota Pasukan Khas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggotanya yang...

Lelaki Bakar Diri Sendiri...

MELBOURNE – Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di dalam sebuah kereta ketika melakukan...

Matador Nyaris Maut Ditanduk...

SEORANG matador atau penjinak lembu nyaris maut selepas ditanduk di bahagian leher oleh...

Rompak Kedai 24 Jam:...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar dokumen dijatuhi hukuman penjara 40 bulan oleh Mahkamah...

Kenyataan Balas Pemilik Me’nate Ini Patut Buat Azwan Ali Malu!

KONTROVERSI yang melanda selebriti sensasi, Azwan Ali nampaknya makin berpanjangan.

Episod caciannya berlanjutan apabila dia turut menujukan serangan peribadi kepada pemilik restoran stik terkenal, Me’nate Steak House iaitu Chef Mustaffa Othman.

TERDAHULU: Kesian! Netizen Nak Tolong Tapi Dimaki Hamun Azwan Ali

Nah, anda baca komen Diva AA ni di ruang media sosialnya dan ukur sendiri tahap keceluparan mulutnya. Memang tahap tak takut dosa.

21 1 (1)

Status-status yang dimuat naiknya itu penuh dengan caci maki dan kata-kata kesat yang ditujukan kepada pemilik restoran berkenaan, individu wanita bernama Nur Azira Wazi Azman dan haters.

Akibatnya ramai warga maya menghentam Azwan dengan pelbagai gelaran dan mengutuk keras tindakannya yang tak mahu mengaku salah! Memang betul-betul keras hati.

mus

Tak berdiam diri apabila dirinya mula dilibatkan, pemilik Me’nate bersuara terhadap isu ini.

Tidak langsung membalas penghinaan yang diberikan Azwan terhadapnya, tetapi Chef Mus mengambil pendekatan lebih matang dan terhormat dalam menyelesaikan isu remeh itu.

Ini apa yang diungkapkan Chef Mus di ruang media sosialnya.


Luahan Pemilik Me'nate Steak House Azwan Ali Hina Restorannya1

Walaupun beliau langsung tidak bersalah dalam hal antara Azwan dan Azira, namun Chef Mus sanggup memohon maaf atas insiden berkenaan. Wah, salute betul!

Tulisnya, “Untuk Saudara Azwan Haji Ali & Cik Nur Azira Wazi Azman saya khususnya MEMOHON JUTAAN MAAF dari kamu berdua, juga pada seluruh warga MAYA yang secara tidak langsung telah menghamburkan segala kata kesat pada Saudara Azwan Ali & Cik Nur Azira Wazi Azman, saya mohon kemaafan pada semua, juga menyeru seluruh warga MAYA agar hentikan segala kata-kata serta cacian demi kebaikan semua.”

Tutur bicara Chef Mus yang berhemah dan bahasa yang digunakan beliau dipuji ramai netizen, malah tindakannya memohon maaf kepada Azwan turut dikagumi.

Selepas ini, rasanya eloklah andai Azwan Ali tidak lagi mengeluarkan kata-kata nista mahupun sindiran terhadap mana-mana pihak melalui video di Instagramnya mahupun status bagi menghentikan sengketa tersebut.

Ini kerana, perkara pokoknya sangat remeh dan pastinya, Azira dan Chef Mus merupakan mangsa keadaan terhadap kontroversi itu.

Maka sempena bulan mulia ini, bawa-bawalah muhasabah diri ya, Azwan. Ingat, bahasa itu jiwa bangsa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Azwan Ali Samakan Haters Dengan ‘Level’ Bawah Tapak Kakinya

1 komen

  1. Dia menyalak bkn apa…dia egat mkn kt Chilli’s..Dome ..Nando tu dh gah sgt. Padahal kt Me’nate tu klu dia mkn mau kluar muntah ijau dia nk membayar. Eh pondan tua…klu dah tak mampoooo buat cara tak mampoooo tk payah nk menganjingkan org sgt. Setakat Nados mmg level ko…level bwah tapak kaki aku jeh..!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori