Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tipu Caruman KWSP: Gabungan...

KUALA LUMPUR - Gabungan Pemandu Lori hari ini mengesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

APMM Nafi Turunkan Jalur...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak hari ini menafikan dakwaan...

2 Panel Khas SPRM...

PUTRAJAYA - Dua panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada keraguan dalam...

Syarikat Ternama Mungkin Terlibat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan pembabitan syarikat...

Kepatuhan Peniaga Di Perlis Laksana Sistem GST Memuaskan

ARAU – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis mendapati kepatuhan peniaga dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahap memuaskan.

Pengarahnya, Khairul Amin Talib berkata bilangan peniaga yang tidak mematuhi sistem percukaian itu terlalu sedikit namun tindakan tetap diambil terhadap mereka yang menaikkan harga dengan melampau dalam ‘Ops Catut.’

“Kami akan memantau para peniaga supaya mereka sentiasa patuh pada arahan,” katanya dan menambah barangan bernilai lebih RM35,153 telah dirampas serta kompaun berjumlah RM13,700 dikutip daripada 96 kes hasil Ops Catut dari Januari hingga semalam.

Khairul Amin ditemui selepas mengetuai operasi pemeriksaan barang yang diturunkan atau dihapuskan cukai sejak GST dilaksanakan pada 1 April lepas di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Menurutnya Pejabat KPDNKK Perlis telah memeriksa 10,480 premis perniagaan di seluruh negeri dalam Ops Catut.


Mengenai bekalan barang keperluan harian, beliau berkata pihaknya tidak menerima aduan pengguna mengenai kesukaran mereka mendapat bekalan menjelang kedatangan bulan Ramadan beberapa hari lagi.

“Operasi sama dijalankan di pasar raya dan kedai-kedai menjual barangan elektrik, pakaian serta kasut sekitar bandar Kangar semalam mendapati para peniaga patuh pada arahan mengikut sistem GST,” katanya. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori