Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Budak Nyaris Maut Kepala...

BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terselamat daripada maut selepas kepalanya...

BNM Sahkan Terima Laporan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menerima satu laporan mengenai...

39 Peserta Bogel Di...

SERAMAI 39 individu termasuk dua wanita ditahan polis selepas didapati berkelakuan tidak senonoh dengan...

22 Maut Polis Tumpaskan...

KUMANOVO (Macedonia) - Polis Macedonia menumpaskan satu kumpulan pengganas etnik Albania dalam pertempuran...

Kerajaan Disaran Tubuh Jawatankuasa Kaji Kod Pakaian

NUSAJAYA – Kerajaan disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula kod pakaian dalam jabatan dan agensi kerajaan yang kini dianggap sudah tidak relevan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata penubuhan jawatankuasa itu perlu dilihat dengan teliti oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa bagi menamatkan pelbagai kontroversi etika pakaian yang dialami orang awam kebelakangan ini.

Lam Thye yang juga aktivis masyarakat berkata, kajian itu penting supaya kerajaan dapat mendengar pandangan pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan sama ada kod pakaian masa kini masih sesuai atau sebaliknya.

“Jika tidak ada kajian, ia berkemungkinan besar boleh menimbulkan banyak lagi kes, sekali gus menjejaskan keharmonian kaum. Kajian perlu dilakukan supaya garis panduan mengenai kod pakaian yang tepat dapat dikeluarkan.

“Jangan serahkan kepada seorang individu sahaja untuk menentukan kod pakaian. Kami mahu bagi kebebasan kepada masyarakat untuk memakai pakaian selagi ia dianggap sesuai,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran projek pembangunan Southern Marina, di sini, hari ini.


Beliau berkata, kajian semula itu dilihat penting supaya tidak memberi gambaran kepada kerajaan yang seolah-olah bersifat keterlaluan dalam isu terbabit.

“Lagipun, kod pakaian sedia ada sudah tidak lagi relevan dan kita perlu melakukan kemas kini memandangkan ia tidak diselaraskan dalam kalangan jabatan kerajaan.

Ada jabatan membenarkan sesetengah pakaian dan ada juga yang sebaliknya,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/Y6tDKeAqqaw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori