Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Negeri Sedia Bantu...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan menghulurkan segala bantuan yang perlu kepada keluarga...

Kematian Juruaudit: Suami Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Anwar Berseloroh Tawar Konsultasi...

PORT DICKSON ― Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara...

‘Tak Terlintas Di Hati...

KAMI yakin ramai di kalangan pembaca telah menonton program Gegar Vaganza peringkat akhir, minggu...

Kerajaan Jamin Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Tahun Ini

KUALA NERANG – Kerajaan mengulangi jaminan tiada kenaikan tarif elektrik pada tahun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, menjelaskan walaupun di bawah sistem mekanisme ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) kadar tarif perlu disemak setiap enam bulan, namun semakan itu tidak melibatkan kenaikan tarif.

Melalui ICPT, katanya, semakan kadar tarif akan dibuat pada Julai depan.

“Kalau perlu ada kenaikan kerajaan akan tanggung sebab sudah diputuskan tiada kenaikan, jadi kita tunggu selesai penilai ICPT pada bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival YaHijau di sini hari ini.


Bagaimanapun beliau meminta orang ramai berjimat dalam penggunaan tenaga dan mengelakkan pembaziran. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori