Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Basikal Lajak: Denda, Penjara...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa ataupun penjaga boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000...

14.5 Juta Pencarum Mungkin...

KUALA LUMPUR - Kebimbangan bahawa kira-kira 14.5 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Wanita `Ahli Sihir’ Rawat...

NGERI….seorang wanita yang dianggap sebagai `ahli sihir’ didakwa mampu menyembuhkan penyakit hanya dengan...

Cabaran PAS Dapat Sokongan...

ALOR SETAR - PAS mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam...

Kerajaan Pastikan Operasi MAS Berjalan Lancar

MELAKA – Kerajaan akan memastikan operasi Malaysia Airlines (MAS) berjalan lancar dan tidak terjejas dengan penstrukturan semula‎ syarikat itu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pada masa ini langkah penstrukturan semula MAS tidak menjejaskan operasi syarikat penerbangan negara itu hasil komitmen tinggi kakitangannya.

“Bagi saya sendiri, saya amat ambil berat tentang perjalanan operasi MAS kerana ia operasi yang amat penting buat negara, sehingga sekarang (operasi MAS) tiada masalah.

“Sukacita saya beritahu semua kakitangan MAS beri sokongan dan komitmen tinggi dalam pastikan operasi MAS berjalan baik dan licin dalam beri perkhidmatan baik kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Bahagian Tangga Batu di sini hari ini.

Pada 1 Jun lepas, MAS memulakan fasa baharu yang signifikan dalam program penstrukturan semula dengan penamatan perkhidmatan 20,000 kakitangannya dan daripada jumlah itu 14,000 ditawarkan menyertai entiti baharu Malaysian Airline Berhad.

Liow meminta kakitangan MAS atau persatuan mewakili kakitangan yang terlibat dengan penamatan perkhidmatan itu menyalurkan masalah atau pertanyaan mereka kepada saluran yang betul.

“(Kakitangan dan persatuan) boleh cari jalan untuk bincang apa juga. Semua ditamatkan perkhidmatan boleh bawa ke persatuan masing-masing, tiada masalah, malah MAS sebenarnya bagi pakej penamatan perkhidmatan yang amat baik sekali.


“Tidak salah saya dalam MAS sendiri ada lapan persatuan yang bekerjasama dengan baik dengan syarikat itu, kakitangan dan persatuan juga boleh salurkan masalah mereka kepada pihak lain seperti Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

Ditanya tentang rancangan Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) untuk mengadakan mogok berikutan penamatan perkhidmatan kakitangan MAS itu, Liow berkata MAS telah membuat laporan polis tentang perkara itu.

Beliau berkata NUFAM merupakan sebuah persatuan yang tidak diiktiraf dan MAS tidak akan mengadakan perbincangan dengan sebuah persatuan yang tidak diiktiraf.

Mengulas mengenai penerbangan MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur yang melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang Melbourne, Australia pada 12 Jun lepas, Liow berkata pihaknya akan menjalankan siasatan rapi terhadap insiden itu.

“Setakat ini saya masih belum terima laporan terperinci daripada DCA (Jabatan Penerbangan Awam), kita akan lakukan siasatan rapi termasuk siasatan sama ada terdapat unsur sabotaj, perlu kita tegaskan di sini MAS amat mementingkan faktor keselamatan setiap penerbangannya,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori