Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ngeri! Kolam Renang Kaca...

SANGGUPKAHĀ anda berenang di puncak pangsapuri mewah setinggi 42 tingkat dengan dasar kolamnya diperbuat...

PM Umum Tambahan Ganjaran...

SEPANG - Semua lapan atlet Malaysia yang berjaya memenangi pingat sama ada perak...

Seorang Lelaki, Wanita Ditahan...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita selepas disyaki terlibat...

Nik Muhammad Zawawi Setiausaha...

ARAU : Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi...

Kerajaan Wujudkan Enam Lagi UTC Pada Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan enam lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan empat versi mini dengan kos RM100 juta di seluruh negara pada tahun ini .

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada pemacu transformasi kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat.

“Lokasi dan bangunan UTC telah dikenal pasti dan akan melalui kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf pada akhir tahun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Mini UTC Datuk Keramat di sini hari ini.

Lokasi UTC baharu itu ialah di Kelantan, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Ahmad berkata kos pengubahsuaian dan menaik taraf bangunan tersebut ialah antara RM20 juta dan RM40 juta, manakala versi mini adalah lebih rendah.

Sementara itu, katanya kos pengubahsuaian Mini UTC di Datuk Keramat adalah kira-kira RM15.8 juta dan mempunyai kemudahan seperti Klinik 1Malaysia.


Pada masa ini, terdapat 10 UTC di negara ini, dengan lapan merupakan pusat yang lengkap dan dua versi mini.

UTC merupakan pusat sehenti untuk orang ramai menikmati kemudahan seperti membayar bil, memohon pasport, berjumpa doktor atau bersenam di gimnasium.

Ahmad berkata populariti dan sambutan yang menggalakkan terhadap pusat UTC adalah antara sebab bilangannya ditingkatkan.

Sehingga 31 Mei lepas, terdapat kira-kira 5.1 juta pengunjung ke 10 UTC. – BERNAMA

https://youtu.be/uTv66SyniEA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori