Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MIHAS Acara Halal Terbesar...

MIHAS 2018 yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 4...

Veteren UMNO Tan Sri...

MELAKA - Veteran Umno Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin meninggal dunia akibat...

Orang Ramai Digesa Manfaatkan...

SHAH ALAM - Orang ramai digalak memanfaatkan perkhidmatan dalam talian ‘My Online Pasport’...

Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Rentung...

LANGKAWI - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan rentung manakala bapanya cedera dalam...

Kerjasama Rakyat Dengan PBT Jadikan Perlis Negeri Bersih & Indah

KANGAR – Rakyat Perlis perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjadikan negeri ini bersih dan indah, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Mat Hassan.

Beliau berkata hasrat itu hanya boleh dicapai melalui sikap dan pemikiran kelas pertama rakyat kerana kebersihan juga merupakan indikator penting dalam mengukur Wawasan Perlis Negeri Maju 2015.

“Saya ingin melihat perubahan ini berlaku di rumah setiap penduduk diikuti di tempat kemudahan awam, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memainkan peranan dalam menjaga kebersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Jelajah Mata Hati peringkat negeri anjuran Perbadanan Sisa Pepejal Awam (SWCorp) di Taman Guru di sini hari ini.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ab Rahim Mohd Noor berkata agensi itu berhasrat membantu kerajaan menjadikan Malaysia sebagai antara 10 negara terbersih di dunia.

“Hasrat ini boleh dicapai menerusi kerjasama dengan rakyat tanpa perlu menguatkuasakan undang-undang,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori