WASHINGTON – Setiausaha Negara, John Kerry, tiba di Amerika Syarikat (AS) dengan pesawat tentera dari Eropah selepas mengalami patah kaki akibat kemalangan ketika berbasikal, menurut Jabatan Negara.
Selepas mendarat di lapangan terbang Logan di Bosotn, Kerry dibawa ke Hospital Besar Massachusetts untuk rawatan lanjut.
Kerry, 71, patah tulang paha kanan ketika berbasikal di Perancis. Beliau dirawat di sebuah hospital di Geneva. – Reuters
https://youtu.be/NGMRY1jkhTM