Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia: Penyokong Nigeria...

LAGOS - Penyokong bola sepak Nigeria meluahkan kekecewaan selepas menyaksikan pasukan mereka tersingkir...

Alexis Sanchez Ucap ‘Selamat...

ALEXIS Sanchez telah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di Arsenal malam Jumaat...

Lelaki India Nama Cina...

SEGAMAT - Seorang lelaki yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi...

Flydubai Tempah 225 Pesawat...

DUBAI - Ketika China awal bulan ini memuktamadkan kontrak pembelian 300 buah pesawat...

Kesatuan Sekerja Patut Bersyukur, Bukan Lingkupkan MAS

MINGGU lepas, Presiden MAS Employees’ Union (MASEU), Alias Aziz telah tampil menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kakitangan MAS khususnya yang diberhentikan dianiaya oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Malah beliau berterima kasih kepada Khazanah dan kerajaan Malaysia kerana pampasan yang diberikan kepada 20,000 pekerja MAS adalah seperti yang dipersetujui bersama mengikut perjanjian kolektif (CA).

Alias bahkan berkata Khazanah, juga membayar tambahan 30% daripada yang sepatutnya kepada pasangan suami isteri yang berkhidmat sama dalam MAS dan petugas kurang upaya di samping mendengar pandangan daripada pekerja-pekerja.

Pokok pangkalnya menurut Alias, pampasan diterima tidak merugikan pekerja itu sendiri, malah menguntungkan semua pihak kerana Khazanah masih bertimbang rasa dengan nasib kebajikan semua staf dan sejajar pelan pemulihan MAS.

Malangnya ibarat rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi, meskipun presidennya telah berterima kasih kerana mendapat apa yang dipohon, tiba-tiba Setiausaha Agung MASEU, Abdul Malek Ariff mendakwa sebaliknya.

Dalam satu temuramah menerusi sebuah akhbar tempatan, dia mendakwa pihak pengurusan MAS memperdayakan kakitangan MAS apabila memberi pampasan yang kononnya tidak menepati terma-terma dipersetujui CA.

Menurut Abdul Malek, di sebalik syarikat membayar pampasan 1.5 bulan mengikut tahun perkhidmatan, mereka hanya menerima kira-kira 0.55 bulan daripada gaji asas dan baki 0.95 lagi dalam bentuk ex-gratia atau pampasan ihsan.

Khazanah dikatakan tidak mengikut terma CA, tetapi ironi, dia terlupa kakitangan MAS sebenarnya masih mendapat pampasan mengikut CA.

Bukankah jumlah keseluruhan gaji asas dan ex-gratia adalah 1.5 bulan seperti CA. Bahkan ada imbuhan yang tidak dinyatakan dalam CA namun dibayar juga oleh pihak pengurusan.

Nampaknya dalam MASEU sendiri pun tiada persefahaman sesama mereka, sekali gus menunjukkan kesatuan itu ada kumpulan tertentu atau puak berbeza yang tidak sehaluan dengan presiden sendiri sehingga mengelirukan 12,000 ahlinya.

Ironi, kesatuan itu terlupa bahawa tindakan mereka tidak ubah seperti kaduk naik junjung, apabila bos pula yang banyak mengalah padahal secara teknikal, ramai tidak sedar, MAS versi lama sebenarnya di atas kertas telah pun muflis.

Ini belum masuk lagi pihak tertentu yang mengancam untuk mengadakan moguk sekiranya MAS tidak menarik balik surat pemberhentian pekerja.

Realitinya dalam bisnes penerbangan, ada pasang surutnya dan hanya yang kuat akan terus hidup tetapi di Malaysia, kita wajar bersyukur kerana MAS lebih bertanggungjawab dan amat prihatin dengan nasib kebajikan kakitangannya.


Belum pernah lagi dalam sejarah dunia perniagaan, staf diberhentikan dilayan penuh hormat, malah Khazanah mewujudkan Pusat Pembangunan Korporat bagi membimbing mereka mendapat peluang pekerjaan baharu yang bersesuaian.

Dalam bahasa mudah, MASEU serta pihak tertentu sepatutnya belajar erti bersyukur, bukan mengambil kesempatan membuat isu baharu ibarat diberi betis mahu paha pula, walhal bab pampasan pekerja masih dalam lingkungan terma dipersetujui CA selama ini.

Jangan pula terlupa, jika Khazanah mahu ikut CA; seperti kata orang betul-betul ‘sebijik habis’, pertugas diberhentikan itu tidak layak dapat faedah perubatan selama setahun dan bayaran untuk baki cuti tahunan yang tidak sempat dihabiskan.

Atas dasar perikemanusiaan, Khazanah dan pihak pengurusan MAS masih lagi boleh bertolak ansur dan tidak terlalu ‘berkira sangat’ demi mengenangkan nasib kebajikan pekerja yang dibuang itu sementara mendapat pekerjaan baharu.

Kesatuan mungkin terlupa, MAS sebenarnya sudah muflis namun tetap beroperasi kerana ada suntikan modal Khazanah.

Bayangkanlah, RM1.5 bilion yang disalurkan oleh Khazanah untuk pampasan pekerja itu boleh diguna untuk pelbagai projek prasarana awam seperti sekolah, balai polis, bomba atau hospital; namun terpaksa disalurkan kepada kakitangan MAS untuk tujuan pampasan sahaja. Maka bersyukurlah sedikit!

Malangnya tiada siapa pula mahu ucap terima kasih dan lebih teruk ada kesatuan menuntut diberi juga empat tiket MAS dengan harga diskaun dikekalkan setiap tahun sebagai faedah persaraaan. Memang keterlaluan dan tidak tahu untung di badan!

Inilah yang dikatakan tidak tahu erti bersyukur, pihak Khazanah sudah belanja berbilion ringgit bagi memulihkan MAS dalam bentuk versi baharu dan kini terpaksa menanggung lagi beban kewangan ‘duit rakyat’ ekoran tuntutan pihak kesatuan.

Tidakkah kesatuan terbabit berasa malu hanya pandai membuat tuntutan itu dan ini demi mahu dilihat menjadi ‘hero’ kepada petugas MAS tanpa memikirkan kesan sampingan akibat tindakan mereka seumpama cuba menjahanamkan balik MAS.

Ironi, perangai kesatuan tetap sama tidak berubah. Jika beginilah keadaannya, bayangkanlah betapa sukarnya perjalanan MAS NewCo membina semula hidup baharu dengan penuh ranjau duri dari dalam syarikat itu sendiri. – MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori