Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

‘Pendakwaan Saya Satu Bentuk...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

USNS Mercy Berlabuh Kali...

PELABUHAN KLANG - USNS Mercy, kapal hospital Amerika Syarikat yang berpangkalan di San...

Rundingan AS-China Tidak Berjaya

WASHINGTON/BEIJING - Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) dan China menamatkan rundingan dua hari tanpa...

Covid-19: 7 Kematian Dalam...

KUALA LUMPUR - Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, hari ini mencatatkan jumlah kematian...

Ketepikan Perbalahan Dan Pemusuhan Di Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan umat Islam supaya mengetepikan sebarang perbalahan dan permusuhan bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Perdana Menteri, dalam catatan terbaru di blog beliau www.najibrazak.com. hari ini, berkata sebarang perbalahan yang berlaku itu tidak mendatangkan keuntungan bahkan merugikan masa dan tenaga.

“Pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita mengambil peluang keemasan untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi diri kita dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT,” kata Najib.

Beliau berkata puasa adalah pendidik untuk umat Islam menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadan berlangsung.


“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, di bulan Ramadan, semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda dan Allah SWT berfirman: “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku”.

“Semoga ibadat dan amalan kita diterima Allah SWT,” kata Najib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori