Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Senarai Penceramah: JAKIM Sambut...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyambut baik usaha Jabatan Penyiaran...

Bintang Barcelona, Neymar Terima...

NEYMAR dilaporkan menerima tawaran Paris Saint-Germain (PSG) selepas kelab Perancis itu menyentuh klausa...

41 Pengetua Hebat Di...

PUTRAJAYA - Seramai 41 pengetua berprestasi cemerlang akan ditempatkan di sekolah harapan (berprestasi...

311 Mangsa Banjir Dipindahkan...

PITAS : Hujan lebat yang turun sejak pagi semalam mengakibatkan 311 orang mangsa...

“Kit Siang Tidak Adil Tuduh SPRM” – Mohd. Shukri

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agensi itu telah menyiasat isu pembelian hartanah oleh MARA Inc Sdn. Bhd. (MARA Inc) sejak Disember 2014 dan cuba menutup kes berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, SPRM memulakan proses ‘profiling’ ke atas individu dan syarikat yang terlibat dalam urusan pembelian hartanah itu hanya selepas menerima maklumat orang ramai pada Mac 2015.

Menurutnya, susulan daripada itu, SPRM telah menerima kunjungan pihak Polis Australia pada Mei 2015 dengan kedua-dua pihak SPRM dan polis Australia telah bertukar-tukar maklumat dan memulakan siasatan bersama.

“Pada bulan Jun pula, SPRM telah menghantar beberapa pegawai SPRM ke Melbourne untuk berbincang dengan polis Australia.

“Apabila media Australia dan tempatan melaporkan isu ini pada 23 Jun 2015, beberapa pegawai SPRM sudah pun berada di Melbourne sebagai sebahagian daripada kerja siasatan sebelum isu ini timbul,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Mohd. Shukri berkata, tidak timbul isu SPRM telah menjalankan siasatan sejak Disember 2014 seperti yang didakwa oleh veteran DAP tersebut.

Malah, katanya. beberapa individu telah pun dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan terhadap kes itu oleh SPRM masih berjalan.


Katanya. SPRM menjalankan siasatan kes itu dengan telus, bebas dan secara profesional dan semua pihak harus memberi kerjasama dan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan.

“Tidak timbul isu SPRM cuba menutup kes ini. Malah, tidak adil bagi mana-mana pihak khususnya ahli politik membuat andaian kononnya SPRM mahu menutup kes ini.

“Status siasatan akan dimaklumkan kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM yang ahlinya mewakili orang ramai,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang sangsi dengan siasatan kes itu supaya menghubungi badan-badan bebas terbabit.

“SPRM juga berharap semua pihak akan memahami proses kerja SPRM di mana SPRM tidak boleh mendedahkan hasil siasatan kepada umum bagi mengelakkan kerja siasatan terganggu,” katanya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori