Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pinda Laporan Audit 1MDB:...

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan masih belum memfailkan petisyen rayuan berhubung keputusan mahkamah yang...

Kerajaan Komited Untuk Laksana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,050 kepada...

Azizulhasni Raih Perak Acara...

KUALA LUMPUR - Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat perak...

Datuk 70 Tahun Dituduh...

KUALA LUMPUR: Seorang datuk yang berusia 70 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di...

Konsol PS4 Edisi Batman Arkham Knight Yang Cun Habis!

JIKA anda seorang peminat sesuatu karekter atau watak, tahap meminati anda mungkin boleh diluahkan dengan cara memiliki figura, koleksi majalah, ataupun koleksi serta aksesori yang berkaitan dengan watak tersebut.

Bagi anda yang meminati watak Batman dan juga permainannya Arkham Knight, konsol PlayStation 4 edisi terhad Batman: Arkham Knight akan dibuka pra-tempahannya pada hari Jumaat ini pada harga RM 1,829

batman-ak-ps4-le-imageblock-us-26mar15

Permainan PlayStaiton 4 Batman: Arkham Knight merupakan permainan keempat dan juga yang terakhir didalam siri Batman: Arkham.

Seperti namanya, pemain akan membawakan watak adiwira Batman, bagi menentang kejahatan di kota Gotham.

Konsol PlayStation 4 edisi terhad ini akan didatangkan dalam warna Steel Grey dengan faceplate yang mempunyai rekaan Batman: Arkham Knight.


Peranti kawalan DualShock 4 juga akan hadir dengan warna tersebut. Selain dari itu, pembeli edisi terhad ini juga bakal menerima kandungan DLC percuma, langganan PS Plus percuma selama setahun serta jaminan tambahan untuk konsol tersebut.

Jika anda berminat dengan konsol PlayStation 4 Batman: Arkham Knight edisi terhad ini anda boleh melakukan pra-tempahan di kedai-kedai pengedar PlayStation yang sah pada hari Jumaat ini dan konsol esidi terhad ini bakal menemui pengguna pada 24 Jun ini.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Playstation

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori