Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Generasi TN50 Teruskan Perkasa...

TAWAU - Generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), khususnya di Sabah, perlu meneruskan komitmen...

Pekerja Kantin Dipecat, Beri...

SEORANG pekerja kantin di sebuah sekolah di Irving, Idaho, Amerika Syarikat dipecat hanya...

KSN Nafi Akan Berlaku...

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ismail Bakar menafikan akan...

VIDEO: iPhone 6 Plus...

Antara perkara paling ditunggu-tunggu kaki gajet adalah pelancaran siri terbaru telefon bimbit keluaran...

KP Jasa Kongsi Cerita Unik Di Pedalaman Sarawak

BIARPUN sibuk dengan pelbagai urusan rasmi, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi masih meluangkan masa menyumbang bakti di kawasan pedalaman di Sarawak baru-baru ini.

Menerusi laman sosial Facebook milik beliau pada Selasa, bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu berkongsi kisah pengalaman dan gambar-gambar peribadinya sepanjang berada di Long Meradoh sebelum menuju ke Ba’Kelalan.

Dalam catatan terbaharu, Mohd. Puad menulis bahawa Jasa menyumbang RM8,000 bagi pemasangan jaring nyamuk untuk asrama desa Sekolah Kebangsaan Ba’Kelalan secara bergotong royong dengan penduduk kampung.

“Ia merupakan sebuah sekolah pedalaman taraf 3 yang membolehkan guru-guru bertugas di situ akan menerima elaun tambahan sebanyak RM1,500 sebulan,” kata beliau dalam entri dimuatkan melalui laman tersebut.

Ujar Mohd. Puad, walaupun sekolah berkenaan terpilih sebagai sekolah kluster kecemerlangan dan menang pelbagai anugerah termasuk di peringkat Komanwel, tetapi masih banyak kekurangan yang perlu diberi perhatian.

Kisah pengalaman unik tersebut turut dikongsi 12 pengguna rakan Facebook beliau selain mendapat 234 tanda suka dan puluhan komen yang mengucapkan penghargaan selain pandangan positif terhadap program Jasa.

Untuk sampai ke Ba’kelalan memerlukan lima jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda berbanding sembilan jam sebelumnya kerana sebahagian jalan telah diturap pihak tentera di bawah program ‘Jiwa Murni’.


Bahkan beliau turut merasai sendiri suasana jalan yang musnah teruk akibat tanah runtuh ketika dalam perjalanan menyebabkan rombongan Jasa itu terpaksa berhenti seketika di tempat lain.

Selain pemasangan jaring nyamuk, program Sehati Sejiwa anjuran Jasa itu turut menyumbangkan dua buah khemah jenis Arabian, cadar tilam dan peralatan muzik ukulele kepada pengurusan sekolah tersebut.

Mohd. Puad turut berkongsi pengalaman unik sebelum itu beliau sempat singgah sementara di Sekolah Kebangsaan Long Meradoh dalam perjalanan rombongan Jasa sebelum menyambung ke Ba’kelalan.

“Guru besar sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Mr. Jonnatahn melayan rombongan kami dengan mesra,” tulis beliau yang menceritakan keadaan tiang dewan makan sekolah nampak rapuh dan perlu dibaiki segera.

Meskipun jadual beliau padat, rombongan Jasa masih berkesempatan memberikan sedikit sumbangan kepada sekolah itu selain beramah-mesra dengan murid-murid di pangkin kayu asrama. – Mynewshub/H.A.A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori