Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tanah ‘Spring’ Tarik Perhatian

NEW DELHI - Sebuah kawasan tebing sungai di India secara tiba-tiba menjadi tumpuan...

Azmin Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat memfailkan permohonan untuk...

Ibu Lega ‘Janin’ Dikandung...

BALING - Seorang ibu melahirkan perasaan leganya apabila ketumbuhan yang didakwa sebagai janin...

Kecoh, Pelajar ‘Bercakaran’ Berebut...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi sedang menyiasat kejadian huru-hara yang tercetus dalam...

KPDNKK Terima 530 Aduan Berkaitan GST Di Kedah

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerima sejumlah 530 aduan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kedah sejak ia dilaksana pada 1 April lepas.

Pengarah Pejabat KPDNKK Kedah Mohamad Fitri Hassan berkata pihaknya berkata pihaknya banyak menerima aduan berkaitan GST melalui e-aduan dengan 339 aduan diikuti 122 aduan menerusi panggilan dan 69 aduan yang dilaporkan pengguna sendiri di pejabat KPDNKK.

Selain menerima aduan pihaknya turut mengeluarkan 62 notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP) kepada peniaga.

Beliau juga berkata sejumlah 70 kes disiasat mengikut AKHAP 2011 hasil Ops Catut ke atas 27,976 premis perniagaan di seluruh Kedah yang mana Sungai Petani mencatatkan kes paling banyak dengan 21 kes diikuti Alor Setar (15), Kubang Pasu (14), Kulim (10), Baling (tujuh) dan Langkawi dengan tiga kes.


“Sebanyak 106 kes telah dicatatkan secara keseluruhan yang mana melibatkan 70 kes di bawah AKHAP, 32 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 (ATS), tiga kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP) dan satu kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD).

“Hasil pemeriksaan mendapati nilai kompaun bagi keseluruhan kes ini berjumlah RM14,500 dan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM9,380.48,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori