Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Potong Alat Kelamin Lelaki...

NEW DELHI - Dua lelaki di negeri Madhya Pradesh, India telah memotong alat...

Kerajaan Tarik Balik Pengharaman...

PUTRAJAYA - Keputusan kerajaan untuk menarik balik pengharaman buku oleh kumpulan prokesederhanaan G25...

Teman Lelaki Sangkal Dakwaan...

TEMAN lelaki aktres jelita Tasha Shilla, Han menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia...

11 Anggota Misi WBG...

KUALA LUMPUR - Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza'...

KPN Sendiri Arah Batalkan Dialog PM Dengan NGO

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan pembatalan serta merta program dialog PM bersama NGO ‘Nothing To Hide‘ di PWTC tidak ada kaitan langsung dengan politik.

Sebaliknya, pembatalan tersebut katanya, dibuat kerana polis memperoleh maklumat mengenai dua kumpulan yang tidak sehaluan merancang untuk melakukan kekecohan semasa acara dialog itu berlangsung.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œTidak perlu saya nak nyatakan secara terperinci tentang kedua-dua kumpulan itu, tetapi kita sudah mengkaji bahawa penganjur sendiri dilihat tidak boleh mengawal keadaan di tempat tersebut.

“Jadi kita telah ambil keputusan untuk membatalkannya kerana ada tanda-tanda bahawa ketenteraman awam boleh terancam,”ƃā€šĆ‚Ā katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman pada petang Jumaat.

Tegas beliau, keputusan itu malah dibuat pada saat-saat akhir dan ia tiada kena-mengena dengan sebarang arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Baca: ‘Pembatalan Dialog Bukan Atas Arahan Najib Atau Saya’ – Zahid Hamidi

“Keputusan itu dibuat menggunakan kuasa-kuasa polis di bawah Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah untuk mencegah apa-apa sebelum berlaku, di atas sebab itu saya sendiri batalkan majlis dialog itu pagi tadi,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā jelas beliau.

Menurut Khalid, keputusan secara drastik tersebut sebenarnya turut tidak disenangi Perdana Menteri yang dilaporkan telah bersedia bertolak dari Putrajaya untuk menghadiri program tersebut.


ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œDemi keselamatan saya terpaksa memaklumkan yang kita terpaksa batalkan program itu kerana kita jangka kekecohan dan ketenteraman awam akan melibatkan orang yang tidak tertentu, jadi saya batalkan,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā jelas beliau.

Langkah menambahkan bilangan anggota polis untuk mengawal keselamatan di kawasan tersebut katanya, tetap tidak memberi jaminan keselamatan terhadap semua pihak.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œApabila dibatalkan, maknanya memang dibatalkan, bukan cuma kita batalkan (program) Perdana Menteri sahaja, (tapi) keseluruhan majlis itu turut dibatalkan,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā jelas Khalid.

Menurut beliau, setakat ini tiada keperluan untuk memanggil bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat sebarang siasatan. – Agensi/MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori