Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

SPR Sarawak Buat Persiapan...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak telah bersedia dengan persiapan rapi bagi...

V Shem-Wee Kiong Akur...

GOLD COAST - Gandingan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menebus kekecewaan mempertahankan...

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA...

Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkemungkinan akan memberi peluang kedua kepada pelajar genius matematik,...

BN Tak Perlu Kerjasama...

IPOH - Tiada keperluan untuk BN Parlimen Tambun berkerjasama dengan parti lain untuk...

Terbongkar! Kristen Stewart Seorang Lesbian Rupanya…

Los Angeles – Akhirnya terbongkar juga, pelakon Twilight, Kristen Stewart adalah lesbian dan dia kini berpacaran dengan pembantu peribadinya, Alicia Cargile. Hubungan terlarang itu disahkan sendiri oleh ibu Kristen yang nyata gembira dengan berita tersebut.

“Kenapa tidak boleh terima dia mempunyai teman wanita? Dia gembira. Saya telah bertemu dengan teman wanitanya dan saya sukakannya,’’ kata Jules Stewart.

Jules berkata, dia menerima sesiapa sahaja kekasih anaknya sama ada lelaki atau perempuan kerana setiap orang bebas membuat pilihan.

Kristen sebelum ini menjalinkan hubungan dengan pelakon Robert Pattinson namun ia berakhir selepas Kristen dirakam berkucupan dengan pengarah filem Rupert Sanders ketika sedang membintangi filem Snow White pada 2012.

“Kristen dan Pattinson merupakan pasangan yang hebat dan saya sedih kerana mereka putus di pertengahan jalan.


“Anak saya tidak gembira langsung apabila hubungan itu berakhir tetapi dia masih berkawan dengan bekas kekasihnya dan meneruskan kehidupan,’’ kata Jules.

Ketika hubungan lesbian Kristen terbongkar, bekas kekasihnya, Pattinson pula sudah bertunang dengan penyanyi EKA, Twigs.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=io4Qkue7SZo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori