Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dibunuh Selepas Dituduh...

SEORANG lelaki Kanada, Sebastian Paul Woodroffe, telah dibunuh dengan kejam oleh penduduk di...

Lelaki Kerat Jari Sendiri,...

WALES – Satu video yang mengejutkan dan menjijikkan telah dimuat naik memaparkan seorang...

Peniaga Laksana GST Awal...

KUALA LUMPUR - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum dilaksana, namun menurut...

2 Bot Asing, 47...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan asing bersama...

Kumpulan Penculik Guna Pati Sebagai “Tali Barut” – Esscom

KUNAK – Kumpulan penculik untuk mendapatkan tebusan yang aktif di selatan Filipina dipercayai menggunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai “tali barut” untuk melakukan jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Penolong Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Supt Che Aris Bakar berkata oleh itu semua pihak termasuk penduduk perlu berganding bahu bagi menjayakan misi murni kerajaan untuk membersihkan kawasan itu daripada PATI.

Beliau berkata secara tradisinya sasaran utama kumpulan penculik adalah aktiviti perusahan ternak ikan dalam sangkar, perusahan bagang, rumpai laut, nelayan dan pelayaran, namun sasaran kini turut melibatkan kawasan di darat seperti restoran.

“Penculikan yang berlaku (di sebuah restoran) di Sandakan dipercayai didalangi oleh orang dalam yang serba mengetahui keadaan dan individu yang disasarkan. Jelas sekali, Esscom juga berdepan penjenayah atau PATI yang sudah berada di Sabah yang bertindak sebagai pemberi maklumat,” katanya.

Aris yang mewakili Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata demikian pada sesi soal jawab pada program pertemuan Esscom bersama komuniti nelayan Kunak di sini hari ini. Turut hadir Pegawai Kanan Perisikan Esscom Lt Kol Ridzuan Mohd Yusof dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kunak Fatima Halid.

Pada 14 Mei lepas, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dan menculik seorang pelanggan lelaki dan seorang wanita yang merupakan kakak ipar pengurus restoran itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.


Aris turut meminta komuniti nelayan supaya sentiasa berwaspada ketika berada di laut kerana mereka juga merupakan antara sasaran kumpulan penculik.

“Nelayan perlu peka dengan keadaan sekeliling termasuk mengikut arahan pasukan keselamatan sekiranya didapati terdapat ancaman keselamatan di laut dan sentiasa membawa dokumen pengenalan diri, sekali gus memudahkan pihak keselamatan membuat pemantauaan,” katanya.

Mengenai perintah berkurung yang sedang dikuatkuasakan di enam daerah di Esszone, beliau berkata ia bertujuan untuk menentukan perairan daerah terbabit berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

Aris turut menasihatkan rakyat supaya tidak mempersoalkan kewajaran operasi bersepadu yang diselaraskan oleh Esscom bagi memburu PATI di Esszone, sebaliknya memberikan sokongan padu kepada pasukan keselamatan demi kebaikan bersama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori