Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Fahmi Dibenar Pindah Kes...

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes...

2 Sahabat Dipenjara Sehari...

KUALA LUMPUR - Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500 kerana...

Eskalator Di Sunway Pyramid...

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Sunway Pyramid mendakwa eskalator pusat beli-belah itu telah...

7,485 Mesin Judi Komputer...

PETALING JAYA - Sebanyak 7,485 set mesin judi berkomputer bernilai kira-kira RM3.7 juta...

Perompak Ugut Ancam Keluarga Kapten Kapal MT Orkim Harmony

KUANTAN – Kapten Kapal MT Orkim Harmony, Master Nor Fazly Sahat, menghadapi detik cemas apabila beliau telah diugut oleh perompak yang mengancam keselamatan keluarganya sebelum melarikan diri.

Panglima Tentera Laut,ƃā€šĆ‚Ā Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyatakan kesemua perompak itu telah melarikan diri menggunakan bot penyelamat MT Orkim Harmony serta mengambil butiran peribadi Kapten kapal itu.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Ā¹”Kesemua 8 perompak telah melarikan diri menggunakan kapal penyelamat MT Orkim Harmony kira-kira jam 8.30 malam dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal.

“Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kapten tersebut hanya memaklumkan kepada KD Terengganu pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir 5 jam setelah kesemua perompak melarikan diri demi keselamatan keluarganya.


ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Ā¹MT Orkim Harmony kini, diiringi oleh KD Handalan dalam pelayaran menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka memasuki pelabuhan pada jam 2.00 pagi esok.

Kesemua 22 kru kapal iaitu 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar dalam keadaan selamat kecuali seorang kru mengalami kecederaan terkena tembakan di peha ketika rompakan berlaku pada 11 Jun yang lalu.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori