Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

TLDM Komited Bantu SAR...

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited membantu operasi pasukan mencari dan...

Jadikan Pelajar Modal Insan...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyeru semua...

Polis Tunggu Keputusan Forensik...

MERSING - Polis masih menunggu keputusan ujian forensik berhubung kemalangan sebuah pacuan empat...

Agensi Macau Selar Dakwaan...

SHAH ALAM - Sebuah agensi keselamatan Macau menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Lapor Jika Ragu Kuih Raya Dari China – KPDNKK

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyiasat di bawah Akta Perihal Dagangan sekiranya pengguna membuat aduan mengenai keraguan mereka terhadap kuih raya yang dilapor diimport dari China.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata sekiranya kuih itu didakwa sebagai halal tetapi sebenarnya ia tidak halal, maka ia adalah menyalahi akta berkenaan.

Namun sekiranya logo halalnya mengelirukan, ia perlu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menentukan sama ada produk itu halal atau sebaliknya, katanya.

“Saya alu-alukan aduan daripada pengguna sekiranya terdapat produk yang diragui dan KPDNKK akan menyiasat atau menghubungi JAKIM untuk membantu. Tetapi secara rasmi saya tidak menerima apa-apa laporan (berhubung kuih raya dari China),” katanya.


Alias yang ditemui selepas menghadiri Majlis Perundingan Tahunan KPDNKK bersama Sektor Koperasi di sini hari ini, diminta mengulas laporan mengenai kuih dan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dan dijual pada harga rendah.

Biskut dan kuih raya itu dijual serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenisnya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori