Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Program Pemutihan PATI 3P...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen (imigresen) menjelaskan Program Pemutihan Pendatang Asing Tanpa Izin...

Serah Lagi Pegawai SPRM...

KUALA LUMPUR - "Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini,"...

Tangisan Penyelamat Nyawa

JOHOR BAHRU - Tangisan kuat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan yang ditemui di...

Akademi Hoki Pahang Mampu...

TEMERLOH - Akademi Hoki Pahang mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil barisan pelapis...

Lebih 20,000 Unit Rumawip Diluluskan Sejak Mac – DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meluluskan pembinaan sebanyak 27,000 unit rumah di bawah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) sejak Mac tahun ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Seri Ahmad Phesal Talib berkata pembinaan rumah-rumah mampu milik itu antaranya melibatkan inisiatif pihak swasta melalui tanah-tanah yang disediakan kerajaan Persekutuan.

Selain itu, kerajaan turut menawarkan insentif kepada pemaju yang bersetuju membangunkan perumahan mampu milik, iaitu membenarkan mereka meningkatkan kepadatan penduduk.

“Seperti sekarang ini, kami dah mulakan dengan mana-mana pemaju sampai 1,000 penduduk per ekar, kalau dulu 240 orang per ekar.

“Maksudnya, kalau mereka (pemaju) nak buat rumah mampu milik, kita akan benarkan untuk tambah kepadatan tanah itu sampai 1,000 ribu orang seekar,” katanya pemberita selepas merasmikan Karnival MyCommunity di Dataran Perumahan Awam Desa Rejang, Setiawangsa di sini, hari ini.


Ahmad Phesal menarik perhatian bahawa kurangnya pembangunan projek perumahan mampu milik di ibu negara pada masa ini adalah disebabkan kos pemilikan tanah yang tinggi selain jumlah tanah yang terhad.

Sementara itu, karnival yang dianjurkan bersama DBKL, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan satu inisiatif dalam usaha membentuk kerjasama bersepadu untuk melaksanakan program pembangunan komuniti dengan pelbagai agensi selaras dengan program transformasi negara. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori