Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

GST Tak Beri Impak...

KUANTAN - Kumpulan Habib, syarikat barang kemas terkenal tempatan, akan terus menawarkan jualan...

Anak Angkat Aliff Syukri...

ANAK angkat usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk...

Keluarga Pemilik Kelab Komedi...

KUALA LUMPUR : Polis menerima laporan yang mendakwa keluarga pemilik kelab komedi menerima...

Singa Makan Manusia Dipenjara...

NEW DELHI - Tiga singa dihukum ‘penjara’ seumur hidup kerana memakan manusia yang tinggal...

Lebih RM2 Juta Kutipan Zakat MAIPs Diagih Bersempena Ramadan

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan rasa syukur kerana penyumbang zakat di Perlis telah membolehkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan bantuan berjumlah lebih RM2.463 juta pada bulan Ramadan tahun ini.

Daripada jumlah itu lebih RM68,000 disumbangkan kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah Julai ini; aktiviti Ramadan 105 buah masjid (RM525,000); sumbangan raya kepada saudara baharu (RM70,000) dan peruntukan tahunan kepada 15 institusi pendidikan Islam di Perlis (RM1.8 juta).

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah demikian semasa menyempurnakan perasmian Masjid Al-Munawwarah Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sempena majlis itu, baginda turut berkenan merasmikan perpustakaan mini masjid, sumbangan Perpustakaan Negara cawangan Perlis dan menyampaikan sijil penyertaan kepada 49 wakil Majlis Agama Islam Wilayah Andaman Thailand yang mengikuti kursus pengurusan zakat di Kangar kelolaan MAIPs serta sumbangan Aidilfitri kepada 105 Amil di Perlis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori