MASIH ingat dengan saksi berambut hijau yang viral kerana memberi respon terbaik mengenai kemalangan melibatkan polis beberapa hari lalu?
Lelaki berambut dan berkuku hijau itu kini telah ditangkap akibat mencuri di sebuah kedai.
[VIDEO: BERI RESPON TERBAIK, SAKSI BERAMBUT HIJAU JADI VIRAL]
Video Courtney Barnes menjadi viral dan menjadi sensasi di laman sosial selepas dia memberi keterangan serta penjelasan mengenai kemalangan yang melibatkan pihak polis di Jackson, Mississippi.
Akibat daripada itu, Courtney secara tidak langsung telah mendedahkan dirinya serta memudahkan pemilik kedai yang pernah dicurinya mengecam wajahnya melalui video viral itu.
Kelibat pencuri yang dirakam oleh CCTV kedai tersebut dikatakan pemiliknya sangat positif adalah Courtney.
Apa yang pasti, rambut serta kuku hijau Courtney telah memudahkan pemilik kedai itu untuk mengecam wajahnya.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=orJaIZFP6Fo
Oleh: Pitt