Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dua Wanita Berbogel Demi...

DEMI sebuah gajet, dua orang wanita ini sanggup menggadaikan maruah mereka dan tampil...

Sharnaaz Fail Nusyuz Terhadap...

KUALA LUMPUR - Kemelut perkahwinan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor...

Aznil Mohon Penggodam Kembalikan...

SUBANG JAYA - Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi meminta individu yang telah menggodam...

Arul Kanda Ditahan SPRM

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy...

Lelaki Diberkas Cuba Curi Kabel

KUANTAN – Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi kabel di sekitar Kompleks Mahkamah Kuantan di Indera Mahkota di sini, awal pagi kelmarin.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an diberkas kakitangan sebuah syarikat komunikasi yang membuat pemantauan selepas menerima aduan berhubung berlakunya kecurian kabel milik syarikat di kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 pagi itu, seorang lagi suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebelum kejadian, pekerja syarikat berkenaan berada di lokasi melakukan rondaan pemantauan bagi mengesan aktiviti mencuri kabel.

Menurutnya, dalam pemantauan itu, pekerja terbabit ternampak kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang membuka penutup lubang (mainhole) yang menempatkan kabel.

“Menyedari kehadiran pengadu, kedua-dua suspek segera melarikan diri, bagaimanapun salah seorang daripadanya berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan manakala seorang lagi berjaya melarikan diri,” katanya.


Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek yang ditahan itu, polis menemui dan merampas sebuah kereta jenis Perodua Viva, serangkai kunci, alat pemotong kabel, pisau lipat dan besi pengumpil.

“Suspek dibawa ke balai untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine,” katanya.

Beliau berkata, polis kini mengesan seorang lagi suspek yang berjaya meloloskan diri ketika kejadian. – Sinar Harian Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori