Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Warga Asing...

PUTRAJAYA - Semua pengawal keselamatan warga asing diwajibkan membuat saringan kesihatan swab koronavirus...

Pengasas Lion Air Mohon...

JAKARTA - Pengasas Lion Air Group, Rusdi Kirana memohon maaf kepada keluarga mangsa...

Covid-19: Pekebun Getah, Sawit...

PUTRAJAYA - Penoreh getah dibenarkan meneruskan aktiviti menoreh bagi memastikan keperluan bekalan bahan...

Aku Bela Ayam.. Bukan...

KUALA LUMPUR : Bukan satu perkara yang boleh dianggap lucu, penerbit dan sutradara...

Lelaki Disyaki Edar Heroin Bernilai RM51,450 Ditahan

IPOH – Polis menahan seorang lelaki disyaki mengedar heroin seberat 1.03 kilogram bernilai RM51,450 dalam serbuan di Taman Pusing Murni, Pusing dekat Batu Gajah, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak ACP Yap Toon Khuan berkata hasil maklumat awam serta risikan yang dijalankan sejak dua minggu lepas, sepasukan polis dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menahan suspek berusia 29 tahun yang berada di dalam sebuah kereta.

Beliau berkata semasa serbuan dilakukan kira-kira pukul 5 petang, suspek sedang menunggu pelanggan untuk urusan jual beli dadah di dalam kereta Honda City di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

“Polis menemui dadah dipercayai heroin seberat 914 gram di dalam kereta tersebut,” katanya pada sidang media di IPK di sini, Isnin.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan yang sama dan menemui heroin seberat 115 gram.

“Polis turut menyita kereta yang dinaiki suspek serta seutas rantai emas dengan nilai keseluruhan sebanyak RM62,150,” katanya.

Yap berkata suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak awal 2014 di sekitar Menglembu dan Pusing.


Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan anggota sindiket dadah dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana bergaduh di dalam perkarangan balai polis,” katanya.

Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia direman sehingga 4 Jun ini bagi membantu siasatan.

Yap berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=tEQJxVjo2mg

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori